Firman Allah di awal Al Quran bermaksud ;
الٓمٓ (١) ذَٲلِكَ ٱلۡڪِتَـٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدً۬ى لِّلۡمُتَّقِينَ
Alif, Laam, Miim. (1) Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa
ۘ وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِ
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat).
Tidak sayugia kita menubuh atau menyertai parti lain setelah ada parti yg menjadikan Al Quran sebagai rujukan tertinggi. Islam melarang perpecahan. Jika amalan parti yg telah menjadikan Al Quran tersasar, maka tugas kita ialah membetulkannya dan bukan menubuh parti lain. Itulah akhlak Islam !
Hari ini ada dua pilihanraya kecil sedang berjalan serentak. Satu di Galas, Kelantan dan satu lagi di Batu Sapi, Sandakan, Sabah. Hari mengundi ialah pada 4 November 2010. Ambillah peluang ini utk melihat sendiri perjalanan pilihanraya ini. Adakah petugas setiap parti berkempen atau mengganggu kempen parti lain. Adakah mereka berkempen menggunakan jentera parti atau jentera milik kerajaan. Menteri menjanjikan utk memberi liputan TV sama rata terhadap parti yg bertanding. Memang sama rata : 5 minit utk kempen UMNO dan 5 minit utk hentam PAS !
Pilihan raya peluang terbaik jelaskan pembohongan pembangkang -TPM
Terlalu banyak pilihan raya kecil tentu memeningkan kepala banyak pihak terutama parti-parti yang bakal bertanding.
Bagaimanapun, kerana tuntutan demokrasi, pilihan raya perlu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi sama ada peringkat parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN).
Namun, bagi kerajaan Barisan Nasional – pilihan raya kecil adalah penting kerana itulah peluang untuk menjawab segala tuduhan pembangkang dengan penjelasan ketika tempoh berkempen.
Pilihan raya juga ruang kerajaan menjelaskan kepada rakyat tentang pembohongan pembangkang terutama oleh pemimpin PKR , kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap di Majlis Mesra Rakyat Bersama Masyarakat Cina di Kompleks Sukan Sandakan, Jumaat malam.
Menurut Muhyiddin, sudah ramai pemimpin meninggalkan parti itu atau dipecat.
“Penduduk Sabah mana kenal PKR atau pemimpinnya termasuk Ansari Abdullah yang bertanding di Batu Sapi. Saya dengar sudah dua kali dia jatuh ke laut, ini 'bad feng shui' kepada PKR,” ujarnya.
Katanya, rakyat Sabah pastinya tidak mahu memilih PKR yang ada angan-angan kosong dan tidak boleh bentuk kerajaan di negeri itu.
“Kenapa nak beri satu undi kepada yang tak mampu bentuk kerajaan. SAPP pula masih dengan cerita lama fasal Sabah for Sabahan yang tidak memberi manfaat kepada penduduk di negeri ini,” katanya.
Muhyiddin berharap pengundi-pengundi di Batu Sapi tidak terpengaruh dengan macam-macam cerita orang luar yang datang ke sini berkempen.
Calon BN, Datin Linda Tse Thau Lin adalah pilihan terbaik untuk mewakili penduduk di Batu Sapi menyuarakan masalah kepada pimpinan negeri dan pusat.
Lagipun katanya, wanita itu mahu meneruskan pembangunan yang dirancang oleh mendiang suaminya bekas ahli parlimen Batu Sapi Datuk Edmund Chong.-29/10/2010
Balik mengundi sekalipun merangkakNazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 31 Okt: Pengundi Dun Galas di perantauan digesa pulang mengundi pada 4 November ini sekalipun terpaksa merangkak, kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Menurut beliau yang juga Menteri Besar Kelantan, adalah menjadi satu kewajipan untuk menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin sama ada di peringkat negara, negeri mahupun Dun, di kalangan orang yang beragama. "Saya mintak tuan-tuan balik, kalau tak dapat balik dengan kapal terbang, balik dengan kereta, kalau tak boleh dengan kereta, balik berjalan kaki, meranggakak sekali pun kena balik. "Dosa besar kita biar orang kafir, orang munafik 'ghanya' (merosakkan) ekonomi kita, akidah kita," katanya yang juga Mursyidul Am PAS. Beliau berkata demikian ketika berucap kepada lebih 100 anak-anak Dun Galas di perantaun pada Majlis Minum Teh bersama Menteri Besar Kelantan di sebuah hotel di ibu negara petang tadi. Hadir sama pada majlis itu, exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan, Abdul Fatah Mahmood, Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Halim Abdul Rahman serta pimpinan PAS kawasan Galas. Calon PAS bagi PRK Galas, Dr Zulkefli Mohamad bagaimanapun tidak dapat hadir kerana jadual kempen di kawasan yang padat dan hanya menghantar wakil calon. Tambah Tuan Guru Nik Aziz lagi, perebutan menjaga negeri antara hak dan batil sudah berlaku sejak zaman Nabi lagi, dan apa yang berlaku hari ini bukan rekaan PAS tetapi tuntutan agama. Beliau juga menggesa agar orang Islam khasnya di Galas tidak percaya dengan dakwaan Umno bahawa urusan pentadbiran negara adalah urusan politik bukan urusan agama. "Bukan PAS dengan Umno sahaja yang berebut, Nabi Muhammad SAW dulu berebut jaga negeri dengan adik beradik dia Abu Lahab, Abu Jahal dan Abu Sufian. "Patutnya yang lawan kita MCA, MIC<> Sementara itu, pada majlis sama, Tuan Guru turut menyerahkan bendera PAS kepada wakil anak-anak Galas di perantauan. Beliau menyeru mereka agar memasang bendera tersebut pada kenderaan masing masing waktu pulang mengundi nanti. |