Dzulfikar Mashoor |
KUALA LUMPUR, 14 Okt: Datuk Seri Najib Razak diminta menjelaskan skandal pembinaan Istana Negara yang baru apabila projek bernilai RM950 juta itu diserahkan kepada Syarikat Maya Maju (M) Sdn Bhd. Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, syarikat misteri itu dilantik sebagai kontraktor utama pada 26 Oktober tiga tahun lalu. Walhal, katanya Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SMM) mengesahkan syarikat misteri itu telah mati atau tidak aktif ketika proses penyerahan tender dibuat oleh kerajaan Pusat. "Syarikat kontraktor utama itu didaftarkan semula (di SSM) pada Ogos 2008 sedangkan kontraktor diserahkan kepada syarikat itu pada Oktober 2007. "Mengapa status kontrak sedemikian, apakah cara begini yang Umno ambil," ujar Ahli Parlimen Permatang Pauh itu petang tadi di lobi Parlimen. Beliau yang juga Ketua Umum PKR turut mendesak Najib menjelaskan sebab mengapa tarikh siap projek mega tersebut ditangguhkan sehingga Februari tahun depan. Sedangkan katanya, tarikh siap yang dipersetujui antara Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor utama adalah pada 29 November tahun ini. Pentadbiran Najib turut dipersoal kerana kos pembinaan asalnya hanya RM395 juta sahaja. Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa amalan kronisme berlaku dalam proses pemberian projek yang membabitkan Kementerian Kewangan yang juga di bawah Najib. Katanya, syarikat misteri tersebut dikuasai oleh bekas Bendahari Umno Bahagian Merbok. Ahli Parlimen Batu, Tian Chua serta Ahli Parlimen Indera Mahkota, Mohd Azan Ismail turut menyertai sidang media tersebut. |
Thursday, October 14, 2010
Syarikat ‘mati’ kontraktor utama bina Istana Negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment