RM 3 atau 4 ratus yg kita belanjakan utk membeli kueh itu sebenarnya lebih kurang sama nilai dgn satu bahagian qurban yg dituntut oleh Allah mengerjakannya pada setiap Hari Raya Aidiladha. Mari kita sama2 hayati Sabda Nabi SAW ini ;
“Barangsiapa yang mempunyai kemampuan tetapi ia tidak berqurban, maka janganlah sekali-kali ia menghampiri tempat shalat (Aidiladha) kami .” [HR. Ahmad, Ibnu Majah, dan Al-Hakim, dari Abu Hurairah RA. Menurut Imam Al-Hakim, hadits ini shahih. Lihat Subulus Salam IV/91].
Hukum mengerjakan Solat Aidiladha adalah sunat dan meninggalkannya tidak berdosa. Maka celaan Nabi SAW terhadap orang yg meninggalkan qurban tersebut mengandungi hukum makruh.
Sejujurnya marilah kita meletakkan diri kita di tempat yg adil. Adakah kita di dlm golongan tidak mampu sedang tukar rim kereta sampai ribuan ringgit kita mampu ?
Ingatlah bahawa setiap yg hukumnya makruh pasti ada kesan tidak baik jika kita terus melakukannya. Sama seperti larangan tidur selepas solat subuh dan 'asar. Ibadah Qurban pada Hari Raya Aidiladha merupakan amal yg paling dicintai Allah SWT. Sabda Nabi SAW ;
“Tidak ada suatu amal anak Adam pada hari raya Qurban yang lebih dicintai Allah selain menyembelih qurban.” [HR. At-Tirmidzi] (Abdurrahman, 1990).
Sabda Nabi SAW lagi :
"Titisan darah haiwan qurban akan memintakan ampun bagi setiap dosa orang yang berqurban".
“Hai Fathimah, bangunlah dan saksikanlah qurbanmu. Kerana setiap titis darahnya akan memohon ampunan dari setiap dosa yang telah engkau lakukan…” ( lihat Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah XIII/165).
Alangkah ruginya kalau kita lepaskan peluang ini. Marilah kita jadikan ibadah qurban sebagai bajet utama gaji bulan oktober. Ayuh kita daftarkan nama kita atau ahli keluarga kita di dlm senarai ahli qurban pada Aidiladha ini. Peluang ini hanya datang sekali sahaja pada tahun ini !
Semoga Allah mensucikan hati kita utk. menunaikan ibadah ini dgn ikhlas.
Sumber : http://konsultasi.wordpress.com/2007/01/13/hukum-hukum-qurban/
No comments:
Post a Comment