Thursday, December 30, 2010

Malaysia akan huru-hara kalau BN kalah

Patutnya bila dah kalah duduklah diam2 dan beri peluang pemimpin yg telah dipilih oleh rakyat utk. tunjuk skil. Tugas org yg kalah ialah menilai dan menyatakan idea atau kritikan mereka terhadap pimpinan yg baru setakat mana yg mereka rasa tak setuju. Hebahkan idea atau kritikan itu kepada rakyat secara berakhlak . Bukan mewujudkan gangguan atau masalah kepada pemimpin itu utk bekerja. Org. yg kerjanya mengganggu atau menghalang org lain utk. bekerja samalah seperti babi yg kerjanya menjahanamkan tanaman org. Mana mungkin hasil tanaman dapat dinikmati kalau sejak benih lagi sudah disondol.

Masalahnya UMNO memilih kerja itu utk. menghadapi negeri2 yg diperintah oleh PR.
Apa yg mereka usahakan ialah menghuru-harakan negeri itu semampu yg boleh sampai pemimpin PR tak boleh nak buat kerja. Mereka perkudakan agensi2 yg ada tali barut mereka di dlmnya. Sepatutnya mereka tak buat kerja sebagaimana yg babi buat. Lantaklah negeri dibawah PR nak buat apa pun. Biar rakyat yg menilai. Bila rasa tak betul baru beri komen.

Disebabkan gangguan yg diwujudkan oleh UMNO inilah maka negeri2 yg PAS menang tidak boleh menjalankan undang2 Al Quran. Kamu nak sokong lagi ? Silakan tetapi harap bersedia utk. menjawab soalan2 di Yaumul Mahsyar nanti !

SUK mula tugas angkat sumpah depan MB

Ismail Hashin

SHAH ALAM, 31 Dis: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, keutamaan beliau sekarang adalah untuk mengembalikan sepenuhnya kuasa mentadbir negeri kepada kuasa yang dipilih rakyat.

Abdul Khalid berkata, menjadi amalan biasa sebelum ini pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) terlebih dahulu mendapat penerimaan Sultan dan Menteri Besar (MB).

Tetapi menerusi isu menghapuskan kekebalan Sultan sejak 1993 oleh Umno, kuasa melantik SUK telah 'dilupuskan' daripada Sultan dan MB.

Sejak itu, jelasnya, tiada lagi kuasa sultan dan MB untuk melantik Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang selain SUK.

Namun menurutnya, dalam pada itu masih terdapat satu kuasa menteri besar iaitu, setiap SUK yang ingin memulakan tugas mesti mengangkat sumpah di hadapan MB.

Abdul Khalid menegaskan demikian dalam majlis solat hajat dan bacaan Yaasin yang diadakan di kediaman rasmi beliau di sini, malam tadi.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjamaah, ucapan dari MB dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, solat hajat, bacaan Yaasin dan solat Isyak yang dipimpin oleh Ketua Penerangan KeAdilan, Dr Mohd Nor Manuty.

"Dalam menjalankan amanah rakyat mentadbir negeri ini, membina satu pasukan terbaik adalah keperluan utama untuk sama-sama merancang dan bertukar fikiran.

"Selain itu, SUK mestilah orang yang berpengalaman, dapat berucap dan difahami rakyat, menguasai Bahasa Inggeris dengan baik terutamanya dengan pelabur.

"Paling utama juga, beliau mestilah mempunyai rasa kemesraan tentang perjuangan rakyat, mampu menjana negeri terulung di negara ini, pembangunan dan perusahaan serta sebagai negeri maju," tegasnya.

Meskipun bagi beliau, isu ini merupakan perkara kecil sahaja dalam pengurusan namun bimbang jika disalahgunakan bukan untuk membangun tetapi meruntuhkan Negeri Selangor.

Sementara itu, Khalid di dalam ucapannya berkata, Sultan sewajarnya tidak dilibatkan di dalam politik jika ingin mendapat sokongan dari keseluruhan rakyat.

Beliau juga berkata, sudah menjadi amalan sesiapa pun tidak hadir sesuatu majlis walimatul-urus jika tidak mendapat undangan hadiri kenduri berkenaan.

"Datuk Khusrin perlu faham-faham sendiri, nama beliau tidak ada dalam senarai jemputan sebagai SUK," sindirnya akhiri ucapan.



Lim Kit Siang : Lantikan SUK cabul semangat undang-undang

Pemimpin polular DAP Lim Kit Siang menyifatkan pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri tanpa mendapat persetujuan daripada menteri besar sebagai mencabul semangat dan peruntukan dalam undang-undang tubuh negeri.

teoh beng hock memorial night 160710 kit siangLim (kiri) yang juga ahli parlimen Ipoh Timur berkata, hujah yang mengatakan bahawa persetujuan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak diperlukan dalam pelantikan itu adalah dangkal dan tidak dapat diterima.

"Putrajaya tidak patut melibatkan Sultan dalam pelantikan SUK kerana undang-undang tubuh negeri juga tidak menyebut Sultan mesti dimaklumkan dahulu dan perkenan Baginda diperlukan," kata Lim.

"(Amalan) konvensyen dalam undang-undang tubuh seakan membawa maksud, rundingan dengan menteri besar, dan lantikan Sultan untuk jawatan tinggi dibuat untuk mengukuhkan integriti undang-undang tubuh negeri dan bagi menggalas mandat orang ramai yang diberikan kepada Pakatan Rakyat."

NONE Pandangan itu dilihat senada dengan pendirian peguam Derek Fernandez kepada Malaysiakini semalam bahawa menurut amalan konvensyen, menteri besar patut dimaklumkan terlebih dahulu.

Isnin lalu, nama Khusrin diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Mohd Sidek Hassan menggantikan Ramli Mahmud.

Tindakan itu mendapat respons negatif daripada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang telah menyenaraipendek tiga nama - tidak termasuk Khusrin - dan berpendapat 'lantikan' itu tidak muktamad.

Menurut Lim, walaupun undang-undang tubuh Selangor tidak menyebut tentang peranan menteri besar dalam pelantikan SUK, ia juga tidak menyatakan peranan Sultan dalam hal yang sama.

MP dakwa Khusrin dilantik untuk bubar DUN S'gor

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa kerajaan persekutuan cuba membubarkan DUN Selangor melalui pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK).

NONEKhalid berkata, Khusrin yang merupakan bekas setiausaha sulit kepada menteri besar sebelum ini Tan Sri Muhammad Mohd Taib, terhutang budi kepada perdana menteri Datuk Seri Datuk Najib Razak dan bukannya kepada negeri itu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di pejabatnya, Beliau mendakwa, Najib pula berniat untuk mewujudkan kekacauan di negeri itu dan memaksa pembubaran DUN.Kebimbangan yang disuarakan Khalid itu timbul berikutan desas-desus berhubung langkah Selangor dan negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat untuk tidak membubarkan DUN sekiranya Najib mahu mengadakan pilihan raya mengejut.

NONEKhalid juga mendakwa SUK negeri Perak sebelum ini memainkan peranan utama dalam menumbangkan pentadbiran Pakatan di negeri itu pada awal 2009.

Beliau bimbang keadaan sama akan berlaku di Selangor ekoran pelantikan Khusrin ke jawatan tersebut memandangkan bekas pengarah Jabatan Agama Islam itu lemah dari segi kelayakan.

Khalid turut mendakwa, Khusrin dilantik ke jawatan itu untuk mewujudkan masalah kepada pentadbiran negeri.

Khusrin mungkin ‘ganggu’ mesyuarat exco
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 30 Dis: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor diyakini akan mengalami masalah besar dalam pentadbiran dengan perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiuasaha Kerajaan (SUK) negeri yang baru.

Ini kemungkinan berlaku apabila Khusrin memainkan peranannya dengan ‘mengganggu’ mesyuarat exco seperti yang diarahkan kerajaan pusat.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berkata, perlantikan Datuk Khusrin itu sendiri mempunyai agenda khusus dari kerajaan pusat untuk membolehkan Datuk Khusrin campur tangan bagi pihak kerajaan pusat dalam membuat keputusan Mesyuarat Exco Negeri Selangor.

"Apa saja keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat Exco, sepatutnya setiausaha sulit akan keluarkan arahan dan laksanakan, kemudian putuskan dalam mesyuarat.

"Ini tidak, apa yang tak diputuskan dia buat, mesyuarat Exco tak bincangkan masalah ini, dia sendiri akan buat surat dan keluarkan arahan tanpa kita bagi arahan daripada mesyuarat Exco," katanya dalam satu kenyataan media.

Kejadian seperti itu, menurut beliau, tidak mustahil akan berlaku dalam pentadbiran kerajaan Selangor jika perlantikan Khusrin diteruskan sehingga akhirnya akan menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjaya digulingkan oleh kerajaan pusat.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat turut melahirkan kebimbangannya berhubung perkara itu, berdasarkan pengalamannya sendiri sebelum ini yang pernah mengetuai sebuah kerajaan yang sah yang diberikan mandat oleh rakyat pada PRU Ke-12 lalu, tetapi digulingkan oleh pihak Umno BN menerusi rampasan kuasa.

Umno BN sebelum ini telah merampas negeri Perak dari Pakatan Rakyat gara-gara tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)nya bertindak lompat parti dan menjadi Adun Bebas. Mereka terdiri daripada Adun Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.

Kelayakan ketiga-tiga Adun itu juga masih dipertikai kerana ketiga-tiga kerusi Dun itu telah diumumkan kosong oleh Speaker Dun Perak, V. Sivakumar.

Nizar yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak turut mempertikaikan perlantikan Khusrin kerana ia merupakan satu tindakan yang jelas membelakangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana keputusan tersebut dibuat tanpa meminta pandangan Khalid terlebih dahulu.

Oleh itu, beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai jelas tidak menghormati kedudukan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat, walaupun semua pihak tahu, Khalid patut diberikan peluang untuk membuat keputusan untuk memilih orang yang boleh berkerja sebagai setiausaha sulitnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Pegawai-Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Negeri Selangor (Selproa) menggesa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mengadakan sidang mesyuarat tergempar di Majlis Undangan Negeri, bagi menolak Setiausaha Kerajaan Negeri lantikan Kerajaan Pusat.

Presiden Selproa, Abdul Razak Ismail, dalam kenyataan medianya berkata, langkah itu perlu bagi melindungi kepentingan rakyat Selangor.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media yang melaporkan pihak Istana telah meluluskan perlantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Khusrin ke jawatan kanan itu bermula 1 Januari depan.

“Saya mencadangkan persidangan tergempar menolak perlantikan Khusrin. Kita tidak mahu Khusrin menjadi gunting dalam lipatan dalam pentadbiran Pakatan Rakyat,” katanya.

Beliau menegaskan, terdapat bukti manipulasi istana oleh BN berhubung perlantikan Khusrin, apabila Istana digunakan untuk menghalalkan cara oleh Umno dan BN yang mahu merampas Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Sunday, December 26, 2010

Bukan Islam, Bukan Melayu Akan Menguasai Negara

Monday, 27 December 2010 08:53 Wartawan Buletin

E-mail Print PDF

http://buletinonline.net/images/stories/berita37/DSC_0201.JPG- Bohong dan pelawok semata-mata!
KUALA TERENGGANU
- Apa yang ditanamkan dalam pemikiran sesetengah orang Melayu oleh Umno tentang fakta pilihanraya dalam sistem demokrasi yang ada dinegara kita sekarang, adalah 'pelawok' dan 'bohong semata-mata.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali berkata adalah mustahil orang bukan Islam, bukan Melayu menguasai negara kerana keseluruhan jumlah kerusi yang diperuntukkan untuk mereka hanyalah 91 sahaja berbanding 131 kerusi Melayu, Islam.

"Jumlah keusi parlimen semasa adalah 222. Jumlah kerusi Melayu seluruhnya termasuk Umno (PAS dan PKR) serta (termasuk yang ada ) di Sabah Sarawak adalah (berjumlah) 131, dan jumlah kerusi yang dimenangi oleh bukan Islam semuanya (termasuk) Cina, India, bumipuera (bukan Islam) di sabah dan Sarawak termasuk dayak dan sebagainya, ini (berjumlah) 91,"katanya ketika memberi penjelasan tentang kdudukan politik semasa dalam seminar PAS Ganti Umno (PGU) di Kuala Ibai, Jumaat, 24 Disember .

Beliau berkata demikian dalam menolak pemikiran yang ditanam oleh Umno, bahawa sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya umum ke 13, orang bukan Melayu dan bukan Islam akan memmerintah negara

Siapakah menteri rogol amahnya?

Kejadian ini sudah lama berlaku dan dipercayai telah pun diketahui oleh semua pak menteri. Persoalannya kenapa hingga hari ini tidak ada apa2 tindakan ? Mana perginya Shahrizat yg kononnya menjaga hal2 wanita ? Inilah sebahagian kesesatan di dlm ajaran UMNO. Mereka bukan bertuhankan ALLAH tetapi bertuhankan pangkat dan kuasa. Setiap salahlaku akan dipendam selagi rakyat tidak tahu. Bila berita tersebar, satu tapisan lagi akan dibuat iaitu sejauh mana ianya memberi kesan kepada sokongan terhadap parti mereka. Kalau memberi impak yg besar kpd parti, baru tindakan sehabis lunak akan diambil. Salah2 hemat, tindakan itupun sekadar kosmetik shj. spt yg berlaku kpd Samy Velu. Kononnya digugurkan dari kabinet setelah org2 India bangkit mahu menyingkirkannya. Rupa2nya diwujudkan satu jawatan lain yg pendapatannya lebih mewah dari gaji menteri kabinet. Duit rakyat dibaham ikut suka dia.

Menteri UMNO pernah meramalkan bahawa Malaysia akan bengkrap pada 2019 apabila saban tahun mengalami belanjawan defisit. Insya'Allah, kita pasti akan sama2 merasa sedikit demi sedikit pedihnya azab sengsara ekonomi jika UMNO terus dibiarkan lebih lama memerintah.
Fikirlah...

Zulkifli Sulong

KUALA LUMPUR, 27 Dis: Soalan siapakah menteri yang terlibat merogol seorang pembantu rumah Indonesianya kini menjadi persoalan paling hangat diperkatakan ekoran pendedahan kembali isu ini oleh WikiLeaks.

Laporan awal Harakahdaily mengenai hal ini telah menjadi berita paling hangat dan paling ramai dibaca oleh pelayar Harakahdaily.

Dalam laporan itu, Harakahdaily melaporkan kembali tulisan pemimpin akhbar pro BN, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan dalam blognya mengenai peristiwa seorang menteri merogol pembantu rumahnya pada tahun 2007 lalu.

Namun menteri berkenaan selamat walaupun laporan mengenainya sampai ke Kedutaan Indonesia, Kedutaan Amerika bahkan juga ke pejabat Perdana Menteri waktu itu, Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Badawi.

Semalam, NGO Tenaganita menyiarkan kembali satu kenyataan akhbar yang pernah dibuat oleh Migrant Care, sebuah badan kebajikan pekerja Indonesia yang mengesahkan kejadian yang berlaku pada tahun 2007 itu.

Kenyataan yang ditandatangani oleh Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director) dibuat pada 1 Ogos 2007.

Dalam kenyataan akhbar itu, Migrant Care berkata, pembantu rumah Indionesia itu bernama Robengah dan ketika itu dia berada di bawah penyeliaan Migrant Care.

Dalam kenyataan itu juga, Migrant Care menamakan RELA sebagai salah satu badan yang sangat dimarahi oleh warga Indonesia walaupun Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan diplomatik yang sangat baik.

Satu blog popular, Tukartiup juga kini memainkan sentimen siapakah perogol bertaraf menteri itu?

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan, menteri berkenaan telah bersara namun menurut maklumat terbaru, dia masih berada dalam kebinet kerajaan Malaysia sekarang.

Sementara itu, Country Director Migrant Care, Alex Ong (gambar) ketika dihubungi Harakahdaily hari ini mengesahkan kejadian itu.

"Beliau dirogol pada 19 Februari 2007 di Kuala Lumpur. Kemudiannya dihantar balik ke Indonesia pada 20 Februari 2007," kata Alex kepada Harakahdaily.

Selepas mendapat maklumat dari orang ramai, kata Alex, Migrant Care telah menjejak mangsa ini ke kampungnya yang terletak di Banjar Negara, Jawa Tengah.

"Dua kakitangan kami telah menemui dan mewawancara beliau pada 23 Julai 2007 di Banjar Negara," kata Alex lagi. Migrant Care kemudiannya telah mengeluarkan kenyataan media pada 1 Ogos 2007.

Ketika ditanya, apa berlaku selepas itu, Alex memberitahu, tindakan susulan tidak boleh diambil kerana wanita berkenaan tidak mahu diganggu kerana tidak mahu malu dan juga akibat dari ketakutan.

"Dia telah diminta bersumpah untuk tidak memecahkan rahsia itu jika tidak akan disumpah tiga keturunan," cerita Alex kepada Harakahdaily.

Saturday, December 25, 2010

Mengenali SPR

Aku adalah antara org yg tak sabar2 nak lihat UMNO jadi pembangkang di Malaysia. Aku tak sabar nak lihat keadilan tertegak. Aku tak sabar nak rasa duduk di dlm pejabat yg tiada gangguan dari kuasa politik. Aku tak sabar nak lihat negara kita menjadi sebuah negara berdaulat. Aku juga tak sabar nak lihat Malaysia duduk di tangga no. 1 di dlm senarai negara yg bebas dari rasuah.

Bila PRK berlaku di kerusi yg dikosongkan oleh PR, maka hari penamaan calon dan mengundi SPR tetapkan pada hari bekerja. Tetapi sebaliknya bila ada PRK di kerusi yg dikosongkan oleh BN, maka hari penamaan calon dan mengundi dibuat pada hari minggu. Apa niat SPR buat macam tu ? Tak ada sape pun yg akan percaya kalau SPR kata itu cuma kebetulan.

PAS: Kita sedia kenal siapa SPR
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 24 Dis: Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 22 dan 30 Januari depan iaitu hari cuti sebagai tarikh penamaan dan pengundian bagi PRK Dun Tenang, jelas memperlihatkan sikap 'double standard' suruhanjaya itu.

Menurut Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, SPR dilihat tidak konsisten apabila pada PRK Galas 4 November lalu, pengundian dibuat pada hari bukan cuti umum sehingga memaksa kerajaan negeri Kelantan pada waktu itu mengumumkan tarikh itu sebagai cuti peristiwa.

Katanya, apabila berdepan PRK di kerusi yang dikuasai Pakatan Rakyat, SPR dilihat cenderung mengadakan proses penamaan dan pengundian pada hari bekerja, sedangkan apabila di kerusi BN, tindakan sebaliknya dilakukan SPR.

"Kita dapat melihat dengan jelas perbezaan ini dan ini bukannya pelik dalam negara kita ini.

"Kita kenal siapa SPR ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Bachok.

SPR hari ini mengumumkan tarikh PRK Dun Tenang, Johor pada 30 Januari tahun depan manakala penamaan calon pula pada 22 Januari.

Walaupun berdepan situasi itu, Nasharuddin mahu jentera PAS berkerja bersungguh-sungguh bagi memenangkan calon PAS yang akan bertanding kelak.

Kepada jentera yang sudah mula menjalankan tugas, beliau mahu semua tenaga kerja yang ada dimobilisasi pada tahap terbaik berdepan Umno BN.

"Bagi kita cuti ke tak cuti ke, kita tetap masuk dengan niat untuk menang dengan memberi tentangan sehebat mungkin kepada lawan kita, BN," katanya lagi.

Beliau juga optimis PAS berpotensi menang apabila pada pilihan raya umum lalu mereka dapat mengurangkan majoriti kepada 2,492 undi berbanding sebelumnya.

"Kejayaan mengurangkan majoriti pada PRU lalu akan menjadi perangsang kepada PAS untuk menambah satu lagi kerusi di Johor nanti," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan PAS akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan isu PRK Tenang termasuk soal pemilihan calon.

Thursday, December 23, 2010

Nazri: Surat penafian Apco tentang penciptaan 1Malaysia buktikan Anwar penipu

Lepas ni kalau ada kes rompak ke, rogol ke, bunuh ke atau apa2 je, kalau org yg dituduh menafikan maka kita kena percaya dgn cakap org tu. Walau pun polis ada berbagai bahan bukti maka dgn sendirinya bahan bukti itu tidak berguna lagi...gitu ke undang2 malaysia ?

(lawak giler...kalau rasa nak melambak gelak, baiklah pegi masuk bilik dan gelak puas2. Gelak depan org ramai nanti org kata apa pulak...aku pun rasa geli bebenor nie.. )

KUALA LUMPUR: Surat oleh Apco Worldwide, yang menafikan bahawa firma itu terlibat mencipta gagasan 1Malaysia dan One Israel, membuktikan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah berbohong di Dewan Rakyat dan kepada rakyat berhubung perkara itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz, berkata surat itu juga menjadi asas kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk mewujudkan kes prima facie (membuktikan kes tanpa keraguan yang munasabah) terhadap Datuk Seri Anwar dalam prosidingnya sebelum ini.

'Surat ini menafikan apa yang Anwar dan kawan-kawannya katakan di pasar malam (siri jelajah yang diadakan Datuk Seri Anwar baru-baru ini) dengan menipu tentang apa yang kerajaan buat. Ini adalah bukti penting yang menunjukkan bahawa dia menipu.

'Jika dia tidak menipu saya tidak perlu kemukakan bukti ini,' katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen kelmarin.

Datuk Seri Anwar pada Khamis lalu digantung selama enam bulan daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat setelah sebahagian besar ahli Parlimen menyokong syor Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen supaya beliau dikenakan tindakan tersebut kerana menuduh gagasan 1Malaysia mempunyai kaitan dengan Apco dan One Israel.

Dalam siri jelajah yang dilakukannya di beberapa kawasan selepas beliau digantung daripada menghadiri Dewan Rakyat, Datuk Seri Anwar mendakwa akan terus mendedahkan bukti-bukti mengenai kerjasama kerajaan dengan Apco.

Datuk Seri Mohamad Nazri berkata surat bertarikh 19 Ogos 2010 itu yang ditandatangani oleh Ketua Eksekutif Apco Rantau Eropah, Timur Tengah dan Asia, Encik Brad Staples, menyebut bahawa firma itu dilantik pada Jun tahun lalu oleh kerajaan Malaysia bagi menyediakan khidmat komunikasi kepada kerajaan.

Katanya, surat itu juga menyebut bahawa Apco tidak pernah terlibat mencipta gagasan 1Malaysia atau mempunyai kaitan dengan One Israel seperti yang didakwa Datuk Seri Anwar di dalam Dewan Rakyat sebelum ini.

Datuk Seri Mohamad Nazri kemudian turut mengemukakan satu akuan bersumpah yang diterimanya daripada seorang penasihat politik yang pernah bertugas dengan Perdana Menteri Israel, Encik Ehud Barak, dan terlibat mencipta One Israel iaitu Encik Robert M. Shrum.

Dalam akuan bersumpah itu, Encik Shrum turut menafikan bahawa Apco terlibat atau mempunyai sebarang kaitan dengan One Israel.

Sehubungan itu, Datuk Seri Mohamad Nazri mencabar Datuk Seri Anwar supaya segera mengemukakan semua bukti yang dikatakan akan didedahkannya sebelum ini tentang Apco dan gagasan 1Malaysia serta One Israel. -- Utusan Malaysia.

588 hari Najib jadi PM, 274 hari di luar negara

Patutlah tiap2 tahun bentang belanjawan defisit. Income sejuta tapi berbelanja sampai berpuluh juta. Tu tak masuk lagi duit yg bocor kat merata2 projek. Patutlah harga barang makin naik. Nampaknya kempunanlah nak dapat bonus. Kalau bagi bonus pun mungkin dari duit pinjam jugak. Hai dah berapa ratus bilionlah hutang negara sekarang ni agaknya. Yg bengkok memikul ialah pemimpin akan datang. Pemimpin hari ni dok joli sakan menikmati hasil rompakan khazanah rakyat.

KUALA LUMPUR 22 Dis. : Perdana Menteri Najib Razak telah menghabiskan hampir separuh masa beliau membuat lawatan ke luar negara sejak memegang jawatan itu bermula dari 3 April 2009 sehingga 19 November 2010 lalu.

Perkara itu dibangkitkan oleh Senator Syed ...Husin Ali di lobi parlimen hari ini.

Beliau menjelaskan Najib sepatutnya lebih banyak berada dalam negara menumpukan isu tempatan berbanding membelanjakan sejumlah besar wang membuat lawatan luar.

"Apa yang menarik perhatian saya, jumlah (Najib menjadi PM) adalah 588 hari. Jumlah hari beliau ke luar negara adalah 274 hari. Beliau menghabiskan lebih dari separuh masa untuk keluar negara walhal ada banyak masalah dalam negara yang memerlukan perhatian," kata Syed Husin.

Syed turut mempersoalkan sekiranya negara mendapat keuntungan hasil daripada lawatan mewah Perdana Menteri dan pegawai kerajaan ke luar negara.

Melalui jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, jumlah bagi menaja lawatan Perdana Menteri dan pegawai kerajaan adalah sebanyak RM8,724,895.91.

Dalam kenyataan itu, Nazri turut menjelaskan Perdana Menteri telah mengadakan 42 lawatan rasmi ke beberapa buah negara antaranya termasuk Vietnam, Amerika Syarikat dan Jepun dari 5 hingga 22 April tahun ini yang menelan belanja RM2,094,635.39.

Lawatan kedua Najib ke Amerika Syarikat pada 20 September hingga 9 Oktober berjumlah RM1,043,923.85.

Seterusnya, Syed Husin turut mendedahkan program 3 hari Summit First Lady yang dipengerusikan oleh isteri perdana menteri, Rosmah Mansor pada Oktober lalu yang menelan kos RM4,498,949.99.

Monday, December 20, 2010

Tarikh PRK Tenang diumum Jumaat : Peluang Penduduk Segamat dan Labis Mengenali BN dan PR

Setiap kali pilihan raya kecil diadakan sudah tentu banyak ceramah yg akan diatur oleh ke2 parti yg bertanding. DUN Tenang bersempadan dgn Segamat. Hanya setengah jam perjalanan. Jadi intai2lah peluang utk ikut sama dlm majlis ceramah itu. Di samping dapat dengar ceramah, kita juga dapat menjadi saksi akan kebenaran berita yg disuapkan kepada kita melalui TV dan akhbar harian.

Kalau sebelum ini PRK berada jauh di Bukit Gantang, Hulu Selangor, Manek Urai dan Galas, alhamdulillah tidak lama lagi ia datang dekat dgn kita. PRK tidak sama dgn PU. PRK lebih meriah dgn penceramah2 yg hebat. Tak sama mendengar ceramah dari radio dan cd player berbanding secara live. Lebih2 lagi kat tv1 dan tv3. Yg keluar cuma part2 yg mengelirukan. Insya'Allah, duduk di dlm majlis ceramah yg pengisiannya kearah memperjuangkan negara Islam termasuk dlm senarai majlis ilmu. Termasuk di dlm taman syurga. Beruntunglah org2 yg duduk di barisan hadapan perjuangan spt yg di gambarkan oleh Allah di dlm surah Al Waqiah :-


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِذَا وَقَعَتِ ٱلۡوَاقِعَةُ (١) لَيۡسَ لِوَقۡعَتِہَا كَاذِبَةٌ (٢) خَافِضَةٌ۬ رَّافِعَةٌ (٣) إِذَا رُجَّتِ ٱلۡأَرۡضُ رَجًّ۬ا (٤) وَبُسَّتِ ٱلۡجِبَالُ بَسًّ۬ا (٥) فَكَانَتۡ هَبَآءً۬ مُّنۢبَثًّ۬ا (٦) وَكُنتُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا ثَلَـٰثَةً۬ (٧) فَأَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ مَآ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ (٨) وَأَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ مَآ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ (٩) وَٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلسَّـٰبِقُونَ (١٠) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلۡمُقَرَّبُونَ (١١) فِى جَنَّـٰتِ ٱلنَّعِيمِ (١٢) ثُلَّةٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ (١٣) وَقَلِيلٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَخِرِينَ (١٤) عَلَىٰ سُرُرٍ۬ مَّوۡضُونَةٍ۬ (١٥) مُّتَّكِـِٔينَ عَلَيۡہَا مُتَقَـٰبِلِينَ (١٦) يَطُوفُ عَلَيۡہِمۡ وِلۡدَٲنٌ۬ مُّخَلَّدُونَ (١٧) بِأَكۡوَابٍ۬ وَأَبَارِيقَ وَكَأۡسٍ۬ مِّن مَّعِينٍ۬ (١٨) لَّا يُصَدَّعُونَ عَنۡہَا وَلَا يُنزِفُونَ (١٩) وَفَـٰكِهَةٍ۬ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ (٢٠) وَلَحۡمِ طَيۡرٍ۬ مِّمَّا يَشۡتَہُونَ (٢١) وَحُورٌ عِينٌ۬ (٢٢) كَأَمۡثَـٰلِ ٱللُّؤۡلُوِٕ ٱلۡمَكۡنُونِ (٢٣) جَزَآءَۢ بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ (٢٤) لَا يَسۡمَعُونَ فِيہَا لَغۡوً۬ا وَلَا تَأۡثِيمًا (٢٥) إِلَّا قِيلاً۬ سَلَـٰمً۬ا سَلَـٰمً۬ا (٢٦) وَأَصۡحَـٰبُ ٱلۡيَمِينِ مَآ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡيَمِينِ (٢٧) فِى سِدۡرٍ۬ مَّخۡضُودٍ۬ (٢٨) وَطَلۡحٍ۬ مَّنضُودٍ۬ (٢٩) وَظِلٍّ۬ مَّمۡدُودٍ۬ (٣٠) وَمَآءٍ۬ مَّسۡكُوبٍ۬ (٣١) وَفَـٰكِهَةٍ۬ كَثِيرَةٍ۬ (٣٢) لَّا مَقۡطُوعَةٍ۬ وَلَا مَمۡنُوعَةٍ۬ (٣٣) وَفُرُشٍ۬ مَّرۡفُوعَةٍ (٣٤) إِنَّآ أَنشَأۡنَـٰهُنَّ إِنشَآءً۬ (٣٥) فَجَعَلۡنَـٰهُنَّ أَبۡكَارًا (٣٦) عُرُبًا أَتۡرَابً۬ا (٣٧) لِّأَصۡحَـٰبِ ٱلۡيَمِينِ (٣٨) ثُلَّةٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ (٣٩) وَثُلَّةٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَخِرِينَ (٤٠

Maksudnya:-

Apabila berlaku hari kiamat itu, (1)
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. (2) Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar) dan meninggikan (golongan yang taat). (3) (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan. (4) Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, (5) Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran, (6) Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya); (7) Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu? (8) Dan puak pihak kiri; alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu? (9) Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak); (10) Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), (11) (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. (12) (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; (13) Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian. (14) (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata; (15) Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan. (16) Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; (17) Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir. (18) Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya. (19) Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih, (20) Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini. (21) Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, (22) Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. (23) (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan. (24) Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; (25) Mereka hanya mendengar ucapan: Selamat! Selamat! (dari satu kepada yang lain). (26) Dan puak kanan, alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu? (27) Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. (28) Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, (29) Dan naungan yang tetap terbentang, (30) Dan air yang sentiasa mengalir, (31) Serta buah-buahan yang banyak, (32) Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya, (33) Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya. (34) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, (35) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (36) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (37) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan; (38) Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu, (39) Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian. (40)

Harakahdaily
KUALA LUMPUR 20 DIS: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang pada Jumaat ini.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, pihaknya sudah menerima notis rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Jumaat lalu berhubung kekosongan kerusi DUN Tenang berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha dari Barisan Nasional (BN).

“Sehubungan itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan semua perkara berkaitan dengan pilihan raya kecil Dun Tenang pada 24 Disember di Putrajaya,” katanya.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian selepas mesyuarat khas itu.

Datuk Sulaiman Taha dipilih Adun Tenang pada pilihan raya 2004 dan mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-12 tahun 2008 selepas memperoleh 6,367 undi menewaskan calon PAS Md Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Menurut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya 2008, Tenang mempunyai 14,511 pengundi; 49.66 peratus Melayu, 38.13 peratus Cina, 12.11 peratus India dan kaum-kaum lain 0.10 peratus.

Sementara itu, Pakatan Rakyat semalam memutuskan calon PAS akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu mewakili Pakatan Rakyat.

Friday, December 17, 2010

Kes Perak buktikan Speaker boleh dicabar

Masih panas lagi cuping telinga kita dgn cerita mahkamah persekutuan batal keputusan speaker dun perak gantung zambry dan enam exco cucuk hidungnya, tetiba nazri aziz kata pembangkang "bodoh dan gila" kerana nak heret speaker dewan rakyat ke mahkamah. eden doakan moga "bodoh dan gila" tu berbalik kpd nazri semula. nanti boleh kita sewa bas pegi tengok nazri nyanyi dan joget dlm lokap org gila macam ahmad nisfu buat dlm filem ....(lupa plak)

Nazri: MP Pakatan 'bodoh dan gila'

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah.

NONEMengulas kenyataan ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh - Nazri, menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal parlimen berkata mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau prosiding Dewan Rakyat.

“Ini kerja gila dan saya percaya ia akan ditolak oleh mahkamah kerana parlimen ada supremasinya,” katanya di lobi parlimen hari ini.

Menurut Nazri telah ada penghakiman yang dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai jurisdiksi atau bidang kuasa ke atas Parlimen.

“Ini adalah kedaulatan Parlimen dan kuasa Parlimen. Ada tahi lembu di kepala mereka.

NONE“Saya beri jaminan jika, ini dibawa ke mahkamah, ia akan ditolak. Undang-undang apa yang Karpal (Singh) belajar? Beliau adalah peguam kelas ketiga,” kata Nazri sambil ketawa."Apa yang kami putuskan kekal, anda perlu belajar undang-undang perlembagaan
mengegani kekuasaan Parlimen," katanya.

Karpal sebelum ini berkata tindakan akan diambil ke atas Pandikar kerana menyalah-gunakan kuasa meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen yang lain, termasuk dirinya selama enam bulan.

NONENazri juga menafikan dakwaan pembangkang, kononnya beliau mengarahkan Pandikar supaya menggunakan Peraturan dewan 44 untuk menghentikan perbahasan dan membuat undi tanapa perdebatan.

“Saya tidak beri arahan. Speaker telah peruntukkan dua jam dan saya kata saya mahu bacakan usul saya dahulu, itu sahaja.

“Apa yang mereka perkatakan tidak ada kena mengena dengan Aturan Urusan Mesyuarat hari ini. Jadi saya mempunyai hak kerana ia usul saya dan saya mahu ia dibentangkan.


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 17 Dis: Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa mahkamah boleh mengenepikan keputusan Speaker Dun Perak kini bakal makan tuan apabila Pakatan Rakyat mahu mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat.

Oleh itu, pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Serencabar i Nazri Aziz bahawa keputusan Speaker Dewan Rakyat tidak boleh dicabar oleh mahkamah telah tertolak dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu.

Demikian kata peguam Mohamed Hanipa Maidin (gambar), Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Mohd Nazri melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah.

Mengulas kenyataan ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh - Nazri, menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal parlimen berkata mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau prosiding Dewan Rakyat.

“Ini kerja gila dan saya percaya ia akan ditolak oleh mahkamah kerana parlimen ada supremasinya,” katanya di lobi parlimen hari ini.

Menurut Nazri, telah ada penghakiman yang dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai jurisdiksi atau bidang kuasa ke atas Parlimen.

Karpal yang merupakan seorang peguam sebelum ini berkata tindakan akan diambil ke atas Speaker Dewan Rakyat, Datuk Pandikar Amin Haji Mulia kerana menyalah-gunakan kuasa meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen yang lain, termasuk dirinya selama enam bulan.

Bagi Hanipa, Umno telah terbelit dengan tindakannya sendiri apabila seolah-olah membenarkan tindakan Mahkamah Persekutuan campur tangan dalam kes keputusan Speaker Dun Perak V Sivakumar apabila beliau menggantung Zambry Abdul Kadir dan enam Exco haramnya.

"Adakah Nazri tidak sedar dalam kes Perak, Umno telah menyalahgunakan mahkamah untuk cabar keputusan V Sivakumar, Speaker Dun Perak.

"Bukankah Mahkamah Persekutuan telah memutuskan keputusan Sivakumar sebagai Speaker boleh dicabar. Sekarang kes Perak ini dah makan tuan," kata Hanipa dalam kenyataannya.

Ini kerana, kedudukan Speaker Dun dan Speaker Dewan Rakyat tidak ada bezanya dalam konteks sistem dewan perwakilan di Malaysia. Jika keputusan Speaker Dun boleh dicabar, maka keputusan Speaker Dewan Rakyat juga boleh dicabar.

Friday, December 10, 2010

Pendakwaan terhadap Khir Toyo sudah diteliti SPRM: Najib

Aduan yg dibuat 2 tahun lepas ialah antaranya mengenai pemilikan harta luar biasa DS Khir Toyo berbanding pendapatannya. Apa pulak dakwaan yg dikenakan ?

Khir Toyo, didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam.

Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Khir Toyo didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.

Kalau aku ditanya, kenapa jual tanah dgn harga murah ? Aku akan jawab," Suka hati akulah sbb itu tanah aku ! "

Pendakwaan terhadap Khir Toyo disifatkan sama dengan pendakwaan terhadap Eric Chia dan Kasitah Gaddam yang pernah diwar-warkan sebagai kes berprofil tinggi untuk menunjukkan kesungguhan kerajaan menentang rasuah ketika diawal pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

Dalam kes Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn Bhd, Eric Chia yang dikatakan skandal penggunaan wang rakyat terbesar yang pernah dibicarakan iaitu melibatkan RM76.4 juta, berakhir dengan keputusan mengejutkan rakyat apabila mahkamah membebaskan beliau.


PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan pembangkang kononnya tindakan mendakwa Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berhubung tuduhan rasuah adalah sandiwara Barisan Nasional (BN) dan UMNO untuk membersihkan imejnya menjelang pilihan raya umum akan datang.

Perdana Menteri berkata, BN dan UMNO tidak pernah menjadikan kes itu sebagai satu “mainan” kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah meneliti kes berkenaan sebelum mendakwa bekas Menteri Besar Selangor itu.

“Ini satu perkara yang telah diteliti semasak-masaknya oleh SPRM, dan SPRM sebagai badan yang bebas, (telah) kemukakan (kes ini) kepada Pejabat Peguam Negara.

“Pejabat Peguam Negara bagi pihak yang bebas juga (akan) menentukan sama ada (terdapat) kes atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani ikrar memerangi rasuah oleh masyarakat peniaga di Pusat

Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam.

Najib diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa tindakan mendakwa Dr Mohamad Khir hanya sebahagian daripada sandiwara UMNO untuk membersihkan imej parti itu di mata rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

Najib berkata, Pejabat Peguam Negara telah mengikut proses yang sepatutnya dilakukan dalam pendakwaan terhadap Mohamad Khir dan terserah kepada mahkamah untuk membuat keputusan berhubung kes berkenaan.

“Kita tidak boleh kata sesiapa itu bersalah atau pun tidak melainkan mahkamah sahaja yang menentukan kemudian hari,” katanya.

Perdana Menteri berkata, tanggapan pembangkang kononnya perkara itu adalah sandiwara BN dan UMNO adalah kerana mereka menjadikan kes itu sebagai isu politik.

“Jadi bila (dijadikan) isu politik, dia hendak kenakan pihak kerajaan seolah-olah kita ini tidak serius atau pun kita (cuba) lindungi atau pun kita buat pendakwaan terpilih atau sebagainya,” katanya. - Bernama

Saturday, December 4, 2010

Perlembagaan Perak dipinda tanpa majoriti 2/3

Kalau nak tau apa yg ada dlm hati perut seseorang, lihatlah masa org itu berada dlm keadaan tersepit. Masa normal org boleh kontrol macho tapi bila tersepit dia akan melatah lalu terhambur keluar apa sahaja yg ada dlm hati perut. Lori Indah Water cantik dan sedap bunyinya bila dibaca tapi bila eksiden yg melambak keluar adalah taik.

Begitulah juga kalau kita baca dan dengar ucapan pemimpin UMNO di tv, radio atau surat khabar. Bukan main lagi suruh org hormat undang2. Bagai nak cair taik telinga bila dengar betapa lunaknya ucapan mereka.

Satu usul yang dibentangkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir bagi meminda perlembagaan negeri diluluskan oleh dewan undangan negeri itu tanpa mendapat sokongan majoriti dua pertiga.

dr zambry abd kadir perak new cm bn 050209Sebelum usul dibentangkan, Khalid Idham Lim Abdullah (PAS -Titi Serong) membantah perkara itu. Hujahnya, enakmen undang-undang negeri mesti dibentang sebelum pindaan perlembagaan.

Enakmen seumpama itu memerlukan beberapa kali bacaan sebelum dewan mengundi dan ia mesti mendapat kelulusan dua pertiga .

Selepas berperang mulut, Zambry (kanan) merujuk kepada penasihat undang-undang negeri, Ahmad Kamal Md Shahid dan beliau kemudiannya merujuk perlembagaan negeri dan bersetuju dengan menteri besar bahawa sekadar membentangkan usul dan mendapat majoriti mudah adalah memadai.

perak assembly referring to the constitutionBerikutan itu, usul berkenaan diluluskan dengan majoriti mudah. Ia disokong oleh 28 ADUN BN dan empat ADUN Bebas yang berpaling tadah.

Semua 27 ADUN Pakatan Rakyat memilih untuk berkecuali dan tidak mengundi.

Selepas usul diluluskan, speaker, Datuk R Ganesan menagguhkan sidang dewan negeri Perak.

sultan azlanUsul khas itu timbul berikutan mesyuarat kali ke-147, Istana Perak yang diketuai oleh Sultan Raja Azlan Shah (kiri) pada 12 Ogos lalu. Banginda menitahkan Artikel 58 (1)(a) bahagian Kedua, Perlembagaan Negeri Perak dipinda.

Pindaan itu bagi membolehkan empat lagi Raja Bergelar dengan jawatan Raja Kecil Besar, Raja Kecil Sulong, Raja Kecil Tengah and Raja Kecil Bongsu dimasukkan dalam kerabat Istana.

Pada sidang akhbar selepas itu, Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melahirkan rasa tidak puas hatinya mengenai cara perlembagaan dipinda.

NONERakannya, Ngeh Koo Ham, ADUN Sitiawan dari DAP berhujah Artikel III (3) Perlembagaan Negeri Perak secara jelas mentakrifkan bahawa perlembagaan hanya boleh dipinda melalui enakmen dewan undangan negeri.

Ngeh, yang juga seorang peguam berkata Artikel III (4) Perlembagaan Negeri Perak memperuntukkan pindaan hanya boleh dibuat jika ia disokong tidak kurang daripada dua pertiga anggota dewan.

Etnik mangsa tembakan polis kini dikenalpasti

Kes Altantuya dan Teoh Beng Hock yg lebih besar pun tak selesai lalu apalah nak diharapkan kerajaan dapat membela nasib rakyat. Jgn sampai anak, adik beradik atau sedara mara kita menjadi mangsa baru nak sedar. Sesungguhnya undang2 negara perlu ditukar kepada Islam yg lebih adil. Tukar pemimpin yg ada hari ini kerana mereka tidak berminat utk kembali kpd undang2 Islam yg keadilannya melangkaui semua makhluk. Bukan manusia sahaja yg terbela malah haiwan juga akan rasa selamat jika Islam tertegak . Jom kita pakat tinggalkan pemimpin yg tidak takut Allah !

Buat kali pertamanya, identiti mangsa yang mati ditembak polis sering-kali dirahsiakan tetapi kali ini ia berjya didedahkan oleh kumpulan hak asasi manusia.

rights groups on shooting deaths 041210 posingMalaysiakini sebelum ini melaporkan bahawa terdapat peningkatan 17 kali ganda jumlah mereka yang ditembak mati polis pada 2009, di mana 88 ditembak berbanding hanya lima orang pada 2001.

Hari ini Lawyers For Liberty (LFL), Suaram dan PKR, mendedahkan bermula tahun 2000 - 279 orang telah ditembak mati dan 21.8 peratus (61 kematian) adalah berketurunan India.

Melayu pula sebanyak 15 peratus (42) manakala Cina adalah 18.6 peratus (52).

Berikut pecahan mengikut kaum:

2000: Melayu (4); Cina (2) India (0)
2001: Melayu (0); Cina (1) India (3)
2002: Melayu (6); Cina (12); India (6)
2003: Melayu (2); Cina (4); India (7)
2004: Melayu (2); Cina (7); India (1)
2005: Melayu (1); Cina (4); India (4)
2006: Melayu (2); Cina (0); India (3)
2007: Melayu (3); Cina (4); India (4)
2008: Melayu (7); Cina (9); India (11)
2009: Melayu (15); Cina (9); India (23)

Jumlah: Melayu (42); Cina (52); India (61)

Dr Asri: Ketuanan Melayu sanggah Islam

Istilah ketuanan Melayu adalah berbeza dengan hak keistimewaan Melayu kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain, kata mantan mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

NONE“Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan faktor kekurangannya ataupun kelebihannya. Maka, perkataan 'keistimewaan' tidak boleh disamakan dengan ketuanan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut Mohd Asri, jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata-mata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa sepertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam.

Bangsa terpilih

“Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka 'bangsa terpilih' (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam,” katanya.

Mohd Asri berkata istilah ketuanan Melayu adalah istilah yang kabur yang tidak mempunyai pentakrifan khusus.

NONEKatanya, jika merujuk kepada perkataan 'ketuanan Melayu', ia adalah dari akar perkataan 'tuan' kepada ketuanan dan digabungkan dengan 'Melayu'. Ini, katanya membawa bermaksud orang Melayu berada dalam status 'tuan' atau dalam bahasa Arab disebut siyadah (supremacy).

“Jika merujuk kepada bahasa bererti orang Melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan orang bukan Melayu. Jika hendak ditakrifkan maka bererti kedudukan orang Melayu sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia”, katanya.

Justeru, menurut beliau adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini.

Dipandang mulia

“Sesuatu bangsa jika mahu dipandang mulia, hendaklah membuktikan kemuliaan itu dalam realiti kehidupan mereka. Melayu, atau selain Melayu boleh menjadi mulia dengan usaha ke arah kemuliaan, bukan sekadar bergantung kepada keturunan atau atas nama bangsa semata.

amin iskandar article 291008 merdekaMemetik Surah al-Hujurat: 13, Mohd Asri berkata ayat itu menjelaskan bahawa kemuliaan insan adalah disebabkan nilai keperibadiannya; iaitu iman dan akhlak yang mulia yang diistilahkan sebagai taqwa.

Katanya, prinsip Islam dalam menilai manusia, bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berasaskan nilai kebaikan yang ada pada seseorang insan.

Beliau memetik hadis Nabi Muhammad SAW: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas 'ajam (yang bukan arab), atau 'ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai Hasan oleh al-Albani)”.

Katanya lagi, hujah bahawa ketuanan Melayu adalah tidak relevan berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: “Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah (Riwayat Muslim)”.

pkr congress 281110 wan azizahIsu ketuanan Melayu menjadi hanta apabila Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada kongres parti itu minggu lalu mencadangkan konsep itu diketepikan jika bangsa Melayu ingin ke depan.

Kenyataannya itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpik kerajaan BN dan juga pertubuhan bukan kerajaan Melayu, khususnya PERKASA yang melabelkan Wan Azizah sebagai 'pelacur politik'.

Thursday, December 2, 2010

'Lebih baik TPM Cina yang hormat perlembagaan'


Dis 2, 10 1:13pm
Kongsi 271
Pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari berpendapat, lebih baik mempunyai perdana menteri dan timbalannya Cina tetapi menghormati perlembagaan daripada Melayu yang menganggap diri sendiri melampauinya.

Mengimbau kembali bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad mengusahakan pindaan perlembagaan pada tahun 1994 bagi "menghapuskan kuasa Agong", Abdul Aziz berkata, ia menunjukkan contoh bagaimana perdana menteri Melayu "menjadi sombong".

NONE "Mungkin sudah tiba masanya untuk mencuba perdana menteri Cina! Menurut logik, pihak yang datang daripada golongan minoriti akan jadi lebih circumscribed (terhad).

"(Sebagai contoh) setakat ini (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng belum melakukan 'dosa' seperti Mahathir selama 22 tahun pemerintahannya," kata Abdul Aziz (kanan).

Anwar dalam satu temubual dengan harian berbahasa Cina pada 26 November lepas dilaporkan berkata, Penasihat DAP Lim Kit Siang boleh menjadi timbalan perdana menteri sekiranya Pakatan merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengulas perkara yang sama, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula dilaporkan bersedia menerima pelantikan Lim itu.

Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, Abdul Aziz mendedahkan jawatan nombor dua itu sendiri sebenarnya tidak disebut dalam perlembagaan dan terpulang kepada perdana menteri untuk mewujudkannya.

anwar and lim kit siang with hadi awang "Jawatan timbalan perdana menteri ini dikira ciptaan Umno. Mereka menganggapkanya sebagai jawatan untuk timbalan presiden Umno dan (sebagai) pengganti perdana menteri," kata Abdul Aziz.

"Kenapa Pakatan Rakyat patut ikut gaya mereka. Anwar betul ketika memberikan respons terhadap isu ini; Pakatan patut mulakan budaya politik baru.

"Nik Aziz juga betul dan patut dipuji kerana mengatakan Lim Kit Siang boleh menjadi timbalan perdana menteri."

Abdul Aziz yang juga pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga memberitahu, perlembagaan meletakkan hal ehwal Melayu di bawah kuasa Raja-Raja, yang menunjukkan tiada keperluan mensyaratkan Melayu memegang tampuk tinggi kekuasaan dalam negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Nik Aziz mendakwa kenyataannya semalam dimanipulasikan oleh media milik Umno.

“Sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini," katanya dalam satu kenyataan.

Wednesday, December 1, 2010

Jangan Abaikan Tuntutan Al Quran

Kenapa tak rogol saya?
Hilmi Halim

Kisah benar ini berlaku di US (Amerika Syarikat).

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia di saat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”

(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang-sorang malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.