Kalau nak tau apa yg ada dlm hati perut seseorang, lihatlah masa org itu berada dlm keadaan tersepit. Masa normal org boleh kontrol macho tapi bila tersepit dia akan melatah lalu terhambur keluar apa sahaja yg ada dlm hati perut. Lori Indah Water cantik dan sedap bunyinya bila dibaca tapi bila eksiden yg melambak keluar adalah taik.
Begitulah juga kalau kita baca dan dengar ucapan pemimpin UMNO di tv, radio atau surat khabar. Bukan main lagi suruh org hormat undang2. Bagai nak cair taik telinga bila dengar betapa lunaknya ucapan mereka.
Satu usul yang dibentangkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir bagi meminda perlembagaan negeri diluluskan oleh dewan undangan negeri itu tanpa mendapat sokongan majoriti dua pertiga.
Sebelum usul dibentangkan, Khalid Idham Lim Abdullah (PAS -Titi Serong) membantah perkara itu. Hujahnya, enakmen undang-undang negeri mesti dibentang sebelum pindaan perlembagaan.
Enakmen seumpama itu memerlukan beberapa kali bacaan sebelum dewan mengundi dan ia mesti mendapat kelulusan dua pertiga .
Selepas berperang mulut, Zambry (kanan) merujuk kepada penasihat undang-undang negeri, Ahmad Kamal Md Shahid dan beliau kemudiannya merujuk perlembagaan negeri dan bersetuju dengan menteri besar bahawa sekadar membentangkan usul dan mendapat majoriti mudah adalah memadai.
Berikutan itu, usul berkenaan diluluskan dengan majoriti mudah. Ia disokong oleh 28 ADUN BN dan empat ADUN Bebas yang berpaling tadah.
Semua 27 ADUN Pakatan Rakyat memilih untuk berkecuali dan tidak mengundi.
Selepas usul diluluskan, speaker, Datuk R Ganesan menagguhkan sidang dewan negeri Perak.
Usul khas itu timbul berikutan mesyuarat kali ke-147, Istana Perak yang diketuai oleh Sultan Raja Azlan Shah (kiri) pada 12 Ogos lalu. Banginda menitahkan Artikel 58 (1)(a) bahagian Kedua, Perlembagaan Negeri Perak dipinda.
Pindaan itu bagi membolehkan empat lagi Raja Bergelar dengan jawatan Raja Kecil Besar, Raja Kecil Sulong, Raja Kecil Tengah and Raja Kecil Bongsu dimasukkan dalam kerabat Istana.
Pada sidang akhbar selepas itu, Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melahirkan rasa tidak puas hatinya mengenai cara perlembagaan dipinda.
Rakannya, Ngeh Koo Ham, ADUN Sitiawan dari DAP berhujah Artikel III (3) Perlembagaan Negeri Perak secara jelas mentakrifkan bahawa perlembagaan hanya boleh dipinda melalui enakmen dewan undangan negeri.
Ngeh, yang juga seorang peguam berkata Artikel III (4) Perlembagaan Negeri Perak memperuntukkan pindaan hanya boleh dibuat jika ia disokong tidak kurang daripada dua pertiga anggota dewan.
No comments:
Post a Comment