Lepas ni kalau ada kes rompak ke, rogol ke, bunuh ke atau apa2 je, kalau org yg dituduh menafikan maka kita kena percaya dgn cakap org tu. Walau pun polis ada berbagai bahan bukti maka dgn sendirinya bahan bukti itu tidak berguna lagi...gitu ke undang2 malaysia ?
(lawak giler...kalau rasa nak melambak gelak, baiklah pegi masuk bilik dan gelak puas2. Gelak depan org ramai nanti org kata apa pulak...aku pun rasa geli bebenor nie.. )
KUALA LUMPUR: Surat oleh Apco Worldwide, yang menafikan bahawa firma itu terlibat mencipta gagasan 1Malaysia dan One Israel, membuktikan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah berbohong di Dewan Rakyat dan kepada rakyat berhubung perkara itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz, berkata surat itu juga menjadi asas kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk mewujudkan kes prima facie (membuktikan kes tanpa keraguan yang munasabah) terhadap Datuk Seri Anwar dalam prosidingnya sebelum ini.
'Surat ini menafikan apa yang Anwar dan kawan-kawannya katakan di pasar malam (siri jelajah yang diadakan Datuk Seri Anwar baru-baru ini) dengan menipu tentang apa yang kerajaan buat. Ini adalah bukti penting yang menunjukkan bahawa dia menipu.
'Jika dia tidak menipu saya tidak perlu kemukakan bukti ini,' katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen kelmarin.
Datuk Seri Anwar pada Khamis lalu digantung selama enam bulan daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat setelah sebahagian besar ahli Parlimen menyokong syor Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen supaya beliau dikenakan tindakan tersebut kerana menuduh gagasan 1Malaysia mempunyai kaitan dengan Apco dan One Israel.
Dalam siri jelajah yang dilakukannya di beberapa kawasan selepas beliau digantung daripada menghadiri Dewan Rakyat, Datuk Seri Anwar mendakwa akan terus mendedahkan bukti-bukti mengenai kerjasama kerajaan dengan Apco.
Datuk Seri Mohamad Nazri berkata surat bertarikh 19 Ogos 2010 itu yang ditandatangani oleh Ketua Eksekutif Apco Rantau Eropah, Timur Tengah dan Asia, Encik Brad Staples, menyebut bahawa firma itu dilantik pada Jun tahun lalu oleh kerajaan Malaysia bagi menyediakan khidmat komunikasi kepada kerajaan.
Katanya, surat itu juga menyebut bahawa Apco tidak pernah terlibat mencipta gagasan 1Malaysia atau mempunyai kaitan dengan One Israel seperti yang didakwa Datuk Seri Anwar di dalam Dewan Rakyat sebelum ini.
Datuk Seri Mohamad Nazri kemudian turut mengemukakan satu akuan bersumpah yang diterimanya daripada seorang penasihat politik yang pernah bertugas dengan Perdana Menteri Israel, Encik Ehud Barak, dan terlibat mencipta One Israel iaitu Encik Robert M. Shrum.
Dalam akuan bersumpah itu, Encik Shrum turut menafikan bahawa Apco terlibat atau mempunyai sebarang kaitan dengan One Israel.
Sehubungan itu, Datuk Seri Mohamad Nazri mencabar Datuk Seri Anwar supaya segera mengemukakan semua bukti yang dikatakan akan didedahkannya sebelum ini tentang Apco dan gagasan 1Malaysia serta One Israel. -- Utusan Malaysia.
No comments:
Post a Comment