Sistem biometrik cuma mampu halang IC guna dua kali tapi tak mampu halang hantu yg ada banyak IC utk mengundi dua kali. Tidak ada penambahbaikkan langsung berbanding sistem yg sedia ada malah dgn menggunapakai tanpa diujilari terlebih dahulu, silap2 tempoh mengundi terpaksa dilanjutkan hingga jam 12 tengah malam. Dan peluang itulah sebenarnya yg UMNO alu2kan utk. melepaskan lebih banyak hantu2 mereka. Mungkin sistem ini jangka hayatnya tidak lama dan membazir wang rakyat. Namun apa UMNO peduli semua itu. Yg penting mereka masih ada talian hayat.
Pemimpin UMNO amat sukar utk mengakui kesilapan diri sekali pun sesuatu itu jelas membazir dan merugikan wang rakyat. Mereka nampak macam sudah komited utk. menggunapakai sistem itu. Belum sempat SPR mohon, kelulusan berjuta RM telah pun diumumkan oleh kerajaan utk membeli barang yg tidak dialu2kan kehadirannya oleh rakyat. Tabik spring buat APCO yg mencetuskan idea yg amat bernas ini demi kepentingan UMNO.
Inilah balanya hasil melantik pemimpin dari kalangan org yg tidak beriman. Semua idea yg mereka hasilkan pasti memeningkan kepala memikirkan kejujurannya lebih2 lagi yg melibatkan RM. Kalau duit royalti kelantan yg lengkap dgn MOU pun mereka boleh putar belit, macam mana nak percaya dgn data yg mereka keluarkan tanpa MOU ? Tidak ada siapa yg boleh menghalang pemimpin mengubah fakta hasil negara melainkan iman. Hanya kesedaran rakyat yg menyeluruh sahaja yg mampu menyelamatkan negara.
Kerajaan silap anggap biometrik selesaikan masalah
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 25 Julai: Kerajaan silap apabila menyifatkan langkahnya memperkenalkan sistem biometrik boleh meredakan kebimbangan terhahap ketelusan pilihan raya kerana sistem ini menambahkan lagi kebimbangan rakyat. Dr. Dzulkefly Ahmad ketika diminta mengulas perkara itu berkata, sistem biometrik hanya mampu mengenal pasti mereka yang mempunyai MyKad dan berdaftar sebagai pemilih dalam senarai pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di kawasan tertentu. Bagaimanapun, sistem itu masih tidak mampu menyelesaikan masalah pokok yang dibimbangi rakyat iaitu pengundian berganda. "Apakah jaminan seseorang yang telah mengundi tidak boleh mengundi lagi di tempat-tempat lain. "Apatah lagi sistem biometrik hanya diketahui oleh pegawai dan tidak diketahui oleh rakyat dan petugas. "Berbeza dengan dakwat kekal, apabila sesorang itu dicalit dakwat, semua orang tahu bahawa beliau telah mengundi dan tidak boleh mengundi lagi," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor. |
No comments:
Post a Comment