Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang mengikut jejak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menggunakan segala institusi kerajaan untuk menghalang keadilan, dakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
(Anwar dengan ditemani isteri dan anak-anaknya di mahkamah semalam) “Seperti yang telah saya katakan, ini bukan satu pembicaraan jenayah. Ini satu episod yang diatur oleh kuasa-kuasa berkenaan supaya saya tidak lagi dapat bergerak, agar mereka boleh kekal berkuasa.
|
Tuesday, August 23, 2011
Anwar: Najib ikut jejak Dr M untuk jatuhkan saya
Monday, August 15, 2011
sukarnya mencari pemimpin umno yg amanah
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Pengundi hantu bukan sahaja wujud dalam daftar pemilih, malah Dewan Pemuda PAS hari ini mendedahkan ianya juga terdapat dalam Umno. Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat berkata, kesemua 'pengundi hantu' tersebut didakwa mempunyai dua MyKad dan juga dua keahlian dalam Umno seperti dirujuk dalam data keahlian anggota Umno. Tiga pengundi hantu yang juga ahli Umno yang didakwa itu adalah Azhar bin Ahmad, Besah binti Mat dan Mansor bin Ahmad. Perincian berhubung bukti mereka mempunyai dua MyKad dan dua keanggotaan dalam Umno adalah seperti berikut:
MyKad pertama: 680713095049 (sah)
MyKad pertama: 450713095002 (sah)
3. Mansor bin Ahmad MyKad pertama: 481104025705 (sah)
Jika dilihat kepada bukti tersebut, setiap identiti kata Suhaizan hanya dibezakan dengan dua digit terakhir kad pengenalan masing-masing. Nama, tarikh lahir, kod negeri , digit ke-9 dan digit ke-10 adalah serupa. Selain itu, Azhar Bin Ahmad, Besah Binti Mat dan Mansor Bin Ahmad mempunyai dua kad pengenalan dan boleh mengundi dua kali dalam satu pilihanraya. ketiga-tiga mereka juga mempunyai dua keahlian Umno cawangan dan boleh mengundi dua kali di mesyuarat peringkat cawangan Umno. "Pemuda PAS mempunyai ribuan bukti yang seumpama ini. Ini membuktikan ia bukan suatu kebetulan, sebaliknya lebih mirip kepada suatu manipulasi pilihanraya," katanya lagi. Menurut Suhaizan, berdasarkan bukti berkenaan, maka adalah mustahil bagi Umno tidak mengetahui manipulasi yang berlaku itu. “Jika terbukti Azhar Bin Ahmad, Besah Binti Mat dan Mansor Bin Ahmad pernah mengundi dua kali dalam pemilihan peringkat cawangan maka mungkin banyak mesyuarat cawangan Umno menjadi tidak sah. “Seterusnya Umno bakal berdepan dengan krisis 1988 yang menyebabkan pertubuhannya diharamkan. Ini merupakan manipulasi yang sangat serius berlaku dalam negara. Ahli-ahli Umno berhak mendapat penjelasan daripada presiden mereka,” kata Suhaizan. Selain menuntut penjelasan presiden Umno, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), ketua Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), beliau mencabar anggota Umno membuat laporan polis berhubung kes itu. “Tan Seri Aziz, Pengerusi SPR jangan hanya mencari alasan bahawa manipulasi ini hanyalah perkara kecil. Kalau manipulasi ini kecil bagaimana Dewan Pemuda PAS boleh memiliki ribuan bukti terhadap masalah ini,” katanya.
|
Wednesday, August 10, 2011
Dinar: Masa lancar RM323, hari ini RM809
Rizal Tahir |
KOTA BHARU, 10 Ogos: Langkah Kerajaan Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai aset untuk rakyat di negeri ini menabung merupakan jalan yang tepat apabila satu dinar yang dilancar empat tahun lalu bernilai RM323 hari ini meningkat RM809.
|
bebaskan islam dari belenggu umno
Memang diakui UMNO banyak membawa pembangunan. Tapi takde maknanya pembangunan kalau ia terbina di atas keruntuhan agama. Kita maju pada kulit tetapi pada isi dan patinya kita mundur ( ambik dari teks khutbah jumaat yg selalu diulang2 ). Dunia hanyalah kehidupan sementara. Kehidupan sebenar ialah di akhirat yg kekal abadi.
Hari ini genap hari ke 10 kita berpuasa. Naik melengkung badan dek menahan lapar dan dahaga. Kita sanggup bersusah demi menunaikan perintah Allah dlm. soal puasa. Tapi kenapa utk. puasa sahaja kita sanggup bersusah sedang puasa itu hanya duduk di dahan sahaja sedang pokoknya iaitu beriman dgn Al Quran kita abaikan. Kita mengundi UMNO yg kita sendiri tahu mereka tidak menjalankan undang2 Al Quran di dlm. memerintah negara. Bagaimana puasa kita mahu sampai kpd. Allah kalau pokoknya ( beriman dgn. Al Quran ) kita musnahkan.
Berfikir sejenak lebih baik dari beribadat seribu tahun. Marilah kita kembali membina keimanan kita. Bantulah perjuangan menegakkan undang2 Al Quran. Memberi undi kpd. UMNO bermakna anda memberi kuasa kpd. mereka utk. membelenggu Islam.
Umno sekat ilmu agama untuk kekal berkuasa
Aziz Muda
|
KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Tindakan Umno BN yang menyekat perkembangan ilmu, terutama ilmu agama yang membabitkan tasauf, dari disebarkan di masjid-masjid amat dikesali kerana ia jelas bertujuan untuk membolehkan parti itu kekal berkuasa, walaupun jelas akan merugikan rakyat. Dengan tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh parti itu, rakyat negara ini pasti akan kerugian berpanjangan, terutama dari segi perkembangan kerohanian, peningkatan iman serta amal, jika terus berada di bawah pemerintahan Umno BN. Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, Norazli Musa menegaskan, tindakan Umno yang menyekat perkembangan ilmu di kalangan rakyat amat jelas apabila diteliti peraturan yang dikenakan oleh mereka bagi penyampaian tazkirah di masjid-masjid. Menurut beliau, antara peraturan yang dikenakan itu termasuklah larangan kepada para penceramah menyampaikan ceramah-ceramah yang menyentuh perkara-perkara besar terutama tasauf dan kepentingan politik Islam kepada umat Islam. Katanya, tindakan tersebut dilakukan untuk menjadikan rakyat jahil tentang tasauf dan ilmu politik Islam kerana jika rakyat memahami ilmu-ilmu itu dibimbangi rakyat tidak akan menyokong Umno BN dalam pilihanraya. "Dengan itu, ceramah-ceramah agama yang didakan di masjid-masjid, di surau-surau di seluruh negara terutama yang membabitkan para penceramah yang menyokong Umno BN hanyalah membicarakan perkara-perkara kecil, rendah atau asas sahaja yang sudah diketahui dengan jelas oleh orang ramai. "Antara perkara yang disentuh hanyalah seperti cara mengambil wuduk, jenis-jenis air, haid, nifas, nikah, kahwin dan sebagainya yang hanyalah perkara-perkara asas sahaja yang terdapat dalam ilmu fekah. "Perkara-perkara lain yang besar, penting seperti tauhid, tasauf, politik Islam, jihad tidak boleh disampaikan kerana dilarang oleh para pemimpin Umno BN menerusi sekatan-sekatan tertentu sama ada secara langsung atau tidak langsung di masjid-masjid dan surau-surau," katanya ketika menjawab soalan salah seorang peserta pada majlis tazkirah di ibu pejabat Harakah, di sini, hari ini. Dengan keadaan itu, menurutnya, ceramah-ceramah yang diadakan di masjid-masjid, surau- surau yang dikuasai Umno BN itu dengan sendirinya tidak memerlukan penceramah-penceramah yang hebat. Katanya, kalaupun penceramah-penceramah itu juga tergolong dalam golongan penceramah hebat seperti mufti, mereka juga tidak perlu membaca banyak kitab untuk meneliti banyak perkara besar kerana ceramah-ceramah yang perlu disampaikan hanyalah membabitkan perkara-perkara kecil sahaja. "Dengan itu, secara langsung, jika terdapat soal jawab dalam ceramah tersebut sekiranya ada ruang soal jawab yang dibuka oleh penceramah kepada orang ramai, soalan-soalan yang dikemukakan oleh para peserta juga tentu sekali hanyalah perkara-perkara kecil yang tidak menimbulkan sebarang kerumitan untuk dijawab oleh penceramah-penceramah itu," katanya. Perkara itu, tegasnya, berbeza dengan ustaz haraqi yang tentunya boleh mengajar pelbagai bidang dalam Islam termasuk tauhid, fekah, usuludin, tasauf, politik Islam, jihad dan sebagainya, sejajar dengan tahap pengajian mereka yang tinggi yang meliputi pelbagai bidang pengajian dalam Islam. Ceramah-ceramah yang melibatkan ustaz haraqi atau guru-guru tasauf itu, tegas beliau, tentunya bukan anjuran pihak yang mempunyai kaitan dengan Umno BN, tetapi PAS dan NGO-NGO Islam. "Walaupun para pemimpin Umno BN berusaha keras untuk terus menjahilkan rakyat dalam agama terutama yang menyentuh tentang tasauf, politik Islam dan jihad untuk mengelakkan rakyat menentang mereka balik, PAS dan NGO-NGO Islam tetap berusaha mendokong perkembangan ilmu dengan mengadakan pelbagai majlis ilmu di seluruh negara. "Kalau di Kuala Lumpur, hanya nak belajar atau tak nak belajar sahaja, majlis-majlis ilmu anjuran PAS dan NGO-NGO Islam itu berada di mana-mana. Begitulah juga di tempat-tempat lain di seluruh negara," katanya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Ipoh Barat. Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Taliban menegaskan, setiap umat Islam perlu bijak mengambil peluang untuk mengikuti majlis-majlis ilmu itu bagi menambah ilmu kerana ia sememangnya diadakan untuk setiap umat Islam yang juga untuk setiap manusia oleh pejuang-pejuang Islam. "Tindakan para pejuang Islam tentunya berbeza sama sekali dengan pihak Umno. Kepada pejuang-pejuang Islam, setiap ilmu yang dimiliki apatah lagi ilmu-ilmu yang membabitkan perkara besar dan penting pasti akan diusahakan disebarkan kepada orang ramai, berbanding tindakan Umno BN yang hinggakan nak bagi kuliah pun nak menyusahkan," ujar beliau. |
Saturday, August 6, 2011
KENAPA TAKUT TAZKIRAH UNSUR POLITIK MASA TERAWIH ?
Skop politik menurut Islam amat luas. Kalau di Malaysia ia bermula dari cara kita memilih parti (jamaah) lagi. Parti yg hendak dipilih mestilah yg menjadikan Al Quran dan Hadith sebagai dasar perjuangannya. Parti yg beriltizam memerintah negara untuk menyelamatkan agama rakyat. Memerintah menurut acuan Al Quran. Tazkirah kearah inilah yg digeruni UMNO sebagaimana mereka menggeruni cat jari yg mahu digunapakai waktu pilihanraya. Pada hakikatnya UMNO sebenarnya menolak sebahagian Islam. Sekali gus mereka menolak Allah sebagai Khaliq kerana tuhan mereka yg sebenar ialah hawa nafsu.
Tazkirah Ramadan berunsur politik, dakwa exco
Friday, August 5, 2011
Kenapa IC merah bertukar biru kurang 24 jam
Hazayani Zakaria |
SHAH ALAM, 5 Ogos: PAS Selangor akan membuat laporan polis petang ini berhubung dakwaan Penduduk Tetap (PR) yang memegang kad pengenalan merah didaftarkan sebagai pengundi. Sepanjang tempoh bantahan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku ke-2 tahun 2011 yang tamat pada 2 Julai lalu, PAS Selangor mengesan seramai 1,108 PR berdaftar sebagai pengundi. Jumlah ini daripada 1,860 nama yang dibantah atas pelbagai sebab. Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berbohong kononnya nama-nama tersebut tidak dikemaskini oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). "SPR kata guna Agency Link Up System (Alis) dengan JPN tapi kalau dalam JPN tak ada nama-nama ini sebagai pemegang kad pengenalan biru, bagaimana mereka boleh didaftar sebagai pengundi?" soalnya pada sidang media di pejabat Ahli Parlimen Shah Alam, dekat sini hari ini. Mengulas lanjut, beliau berkata Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor mengesan nama-nama tersebut pada 1 Julai namun terkejut apabila mendapati kesemua mereka di dalam rekod JPN telah bertukar status sebagai warganegara keesokan harinya. "Kenapa pemegang kad pengenalan merah boleh bertukar kepada biru dalam masa kurang daripada 24 jam?" Soalnya lagi. Beliau juga kesal dengan pihak polis yang belum menyatakan hasil siasatan terhadap laporan yang dibuat berhubung warga Indonesia dan Kemboja diberi kad pengenalan dan borang daftar pemilih yang berlaku di Dun Paya Jaras dalam Parlimen Subang. Menurutnya, pihaknya menangkap seorang penduduk luar Selangor yang ditemui sedang mengedarkan kad pengenalan dan borang kepada sekumpulan warga Indonesia dalam sebuah rumah pada tengah malam. Satu kes lagi ialah individu yang datang dari Johor mengedarkan kad pengenalan kepada rakyat Kemboja. Kedua-dua kes ini berlaku pada Februari lalu manakala sekitar akhir bulan lalu,pihaknya mendapati warga asing mengambil kad pengenalan di Kuala Selangor. "Kita sudah buat laporan polis tapi masih belum ada tindakan yang diambil dan kita tidak tahu kes ini disiasat atau tidak," katanya. Sementara itu, ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata perkara itu tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan keselamatan negara dan menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat negara ini. "Jika kerakyatan sedang digadai untuk kemenangan BN, ini satu pengkhianatan yang sangat teruk. "Bagi negara demokrasi, orang yang melakukan kerja ini boleh dihulum dengan hukuman berat," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS III. |
Wednesday, August 3, 2011
UNDI UMNO UNDANG KEBINASAAN NEGARA
Bila pembangkang ajak berdailog, mereka buat pekak. Bila anjur demonstrasi, mereka tak lulus permit dan kata perhimpunan itu haram. Undang2 ikut sedap dia sahaja. Entah dari hutan rimba mana dia dapat undang2 itu. Semoga mereka2 itu bukan lagi pemimpin kita selepas PRU 13.
PR: Pakatan desak sidang Parlimen tergempar
Hazayani Zakaria | ||
PETALING JAYA, 3 Ogos: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membincangkan isu penduduk tetap (PR) berubah menjadi warganegara sekaligus didaftarkan sebagai pengundi untuk pilihan raya umum ke-13. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, ianya perlu dibincangkan secara serius di Dewan Rakyat kerana melibatkan keselamatan negara. Mereka akan menghantar surat dalam masa terdekat bagi tujuan itu. "Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana berbahaya kepada keselamatan negara. "Penduduk tetap yang ikut prosedur biasa untuk dapatkan kerakyatan mengambil masa sehingga 10 tahun dan lebih, tapi bukti yang kita tunjuk ini membuktikan mereka mendapat warganegara dalam masa beberapa jam," kata beliau pada sidang media di Pejabat Pakatan Rakyat, Seksyen 16, dekat sini hari ini. Beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian sebelum itu menunjukkan beberapa nama yang bertukar status daripada PR kepada warganegara yang diperoleh daripada laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sendiri. Menurutnya, di Selangor membabitkan 1,108 penduduk tetap yang telah dimasukkan ke dalam daftar pemilih yang layak mengundi. Beliau memberi contoh di Dun Paya Jaras, bantahan dibuat ke atas beberapa nama yang pada asalnya mempunyai kad pengenalan merah namun mendapat kad pengenalan biru dalam masa tidak sampai dua jam seperti yang dilaporkan media semalam. "Kita peroleh bukti ini dari laman web JPN sendiri. Pakatan yakin penukaran status ini diterajui BN dengan bantuan agensi-agensi mereka," katanya. Sehubungan itu beliau memberi masa seminggu kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memberi maklum balas berhubung desakan itu. Beliau juga berkata, tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil adalah relevan apabila dakwaan mereke sebelum ini ternyata tepat. "Yang didedahkan ini hanya sebahagian. Ada lagi yang tidak dikesan. Apa yang Bersih tuntut adalah relevan," katanya. Turut bersama Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong mewakili DAP dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. PR: 610 di 4 Dun telah daftar mengundi
|
Tuesday, August 2, 2011
UMNO ULANG TAYANG LAKONAN HJ. BAKHIL
Dah dekat nak pilihanraya umum ni macam2lah benda pelik akan berlaku. UMNO akan beraksi lembut gusi dari lidah. Inilah waktunya utk tunai apa2 tuntutan yg dibawa oleh wakil persatuan atau parti yg sudah lama tertangguh. Asal impaknya besar terhadap sokongan kpd. UMNO maka tuntutan itu confirm akan dapat.
Inilah amalan UMNO sejak turun temurun. Mata dan telinga dah naik menanah melihat sandiwara ini. Dulu dicanangkan agar rakyat tidak bergantung lagi kpd subsidi. Hari ini, memberi susidi adalah suatu amalan yg menyeronokkan buat pemimpin UMNO. Yg herannya, masih ramai penyokong tegar UMNO mempertahankan amalan bodoh ini. Mereka seronok menjelirkan lidah menunggu tulang yg akan dilemparkan oleh tuannya. Paling sedih, di kalangan mereka itu ada juga yg datang dari org berkelulusan agama malah ada yg berjawatan mufti. Ilmu agama disimpan rapi dlm kocek demi mengejar sedikit harta dan pangkat. Kerosakan yg dibawa oleh UMNO kpd agama dan negara, mereka buat2 tak nampak. Mereka lupa bahawa tujuan manusia dicipta ialah utk mengabdikan diri kpd Allah.
Mengapa dulu tak ingat tambah menteri India
Khairil Abdul Rahim |
JERANTUT, 2 Ogos: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) melihat pelantikan Presiden MIC Datuk G Palanivel sebagai menteri kedua daripada kaum India dalam kabinet hanyalah untuk memancing undi kaum itu yang mula menolak BN pada pilihan raya umum (PRU) lalu. RM42.6j duit raya untuk semua peneroka Felda Ogos 2, 11 12:47pm Kongsi 111 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kesemua 112,635 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan menerima wang Hari Raya membabitkan peruntukan berjumlah RM42.6 juta.Beliau berkata pemberian itu adalah sebagai menghargai sumbangan peneroka kepada pembangunan Felda di samping membantu perbelanjaan persiapan menjelang Hari Lebaran. Dalam satu kenyataan hari ini, Najib berkata kaedah pemberian wang Hari Raya kepada kesemua peneroka adalah sama dengan tahun lalu dan kadar bayaran terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda. "Seramai 100,357 peneroka atau 89.1 peratus yang bersama Felda akan menerima RM400 seorang dan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM40.14 juta. Seramai 12,278 atau 10.9 peratus peneroka yang tidak bersama Felda pula menerima RM200 tiap seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.46 juta," katanya. Pemberian wang Hari Raya kepada peneroka dilaksanakan sejak 2003. Najib berkata bayaran tahun ini meningkat RM5.41 juta atau 14.54 peratus berbanding bayaran tahun 2010 iaitu RM37.20 juta. Pada tahun lalu, peneroka yang bersama Felda atau yang menjual hasil kepada Felda menerima RM350 seorang manakala yang tidak bersama Felda RM150 seorang. Bayaran akan dibuat kepada semua peneroka dalam minggu kedua bulan Ramadan dan dibayar di peringkat rancangan Felda seluruh negara, katanya. "Saya berharap pemberian wang ini akan dapat meringankan beban kewangan para peneroka dalam membuat persiapan menyambut ketibaan Syawal," katanya. Najib turut menyeru kepada peneroka yang tidak bersama Felda agar dapat kembali bersama Felda bagi memaju dan memakmurkan lagi tanah rancangan. |