Monday, August 15, 2011

sukarnya mencari pemimpin umno yg amanah

Pemilihan Umno pun ada pengundi hantu
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Pengundi hantu bukan sahaja wujud dalam daftar pemilih, malah Dewan Pemuda PAS hari ini mendedahkan ianya juga terdapat dalam Umno.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat berkata, kesemua 'pengundi hantu' tersebut didakwa mempunyai dua MyKad dan juga dua keahlian dalam Umno seperti dirujuk dalam data keahlian anggota Umno.

Tiga pengundi hantu yang juga ahli Umno yang didakwa itu adalah Azhar bin Ahmad, Besah binti Mat dan Mansor bin Ahmad.

Perincian berhubung bukti mereka mempunyai dua MyKad dan dua keanggotaan dalam Umno adalah seperti berikut:



1. Azhar bin Ahmad

MyKad pertama: 680713095049 (sah)
Lokaliti: Batu 13
Daerah mengundi: Tasoh
DUN: Beseri
Parlimen: Padang Besar

No ahli Umno: 00412036
Negeri: Perlis
Bahagian: Padang Besar
DUN: Beseri
Cawangan: Batu Hampar Beseri

MyKad kedua: 680713095057 (valid)
Lokaliti: Kg Baru Chuping
Daerah mengundi: Sg Buloh
DUN: Chuping
Parlimen: Padang Besar

No ahli Umno: 01167397
Negeri: Perlis
Bahagian: Padang Besar
DUN: Chuping
Cawangan: Kampong Baru Sungai Serai



2. Besah binti Mat

MyKad pertama: 450713095002 (sah)
Lokaliti: Telaga Haji Abd Latiff
Daerah mengundi: Changkat Jawi
DUN: Guar Sanji
Parlimen: Arau

No ahli Umno: 00405301
Negeri: Perlis
Bahagian: Arau
DUN: Guar Sanji
Cawangan: Telaga Hj Latiff

MyKad kedua: 450713095010 (valid)
Lokaliti: Jejawi Batas
Daerah mengundi: Alor Lanchang
DUN: Sena
Parlimen: Kangar

No ahli Umno: 00401132
Negeri: Perlis
Bahagian: Kangar
DUN: Sena
Cawangan: Jejawi

3. Mansor bin Ahmad

MyKad pertama: 481104025705 (sah)
Lokaliti: Felda Bkt Tangga
Daerah mengundi: Felda Bkt Tangga
DUN: Bukit Kayu Hitam
Parlimen: Kubang Pasu

No ahli Umno: 00145824
Negeri: Kedah
Bahagian: Kubang Pasu
DUN: Bukit Kayu Hitam
Cawangan: Felda Bukit Tangga

MyKad kedua: 481104025713 (valid)
Lokaliti: Kampong Masjid
Daerah mengundi: Felda Batu Lapan
DUN: Bukit Kayu Hitam
Parlimen: Kubang Pasu

No ahli Umno: 00144136
Negeri: Kedah
Bahagian: Kubang Pasu
DUN: Bukit Kayu Hitam
Cawangan: Pekan Changlun

Jika dilihat kepada bukti tersebut, setiap identiti kata Suhaizan hanya dibezakan dengan dua digit terakhir kad pengenalan masing-masing. Nama, tarikh lahir, kod negeri , digit ke-9 dan digit ke-10 adalah serupa.

Selain itu, Azhar Bin Ahmad, Besah Binti Mat dan Mansor Bin Ahmad mempunyai dua kad pengenalan dan boleh mengundi dua kali dalam satu pilihanraya.

ketiga-tiga mereka juga mempunyai dua keahlian Umno cawangan dan boleh mengundi dua kali di mesyuarat peringkat cawangan Umno.

"Pemuda PAS mempunyai ribuan bukti yang seumpama ini. Ini membuktikan ia bukan suatu kebetulan, sebaliknya lebih mirip kepada suatu manipulasi pilihanraya," katanya lagi.

Menurut Suhaizan, berdasarkan bukti berkenaan, maka adalah mustahil bagi Umno tidak mengetahui manipulasi yang berlaku itu.

“Jika terbukti Azhar Bin Ahmad, Besah Binti Mat dan Mansor Bin Ahmad pernah mengundi dua kali dalam pemilihan peringkat cawangan maka mungkin banyak mesyuarat cawangan Umno menjadi tidak sah.

“Seterusnya Umno bakal berdepan dengan krisis 1988 yang menyebabkan pertubuhannya diharamkan. Ini merupakan manipulasi yang sangat serius berlaku dalam negara. Ahli-ahli Umno berhak mendapat penjelasan daripada presiden mereka,” kata Suhaizan.

Selain menuntut penjelasan presiden Umno, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), ketua Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), beliau mencabar anggota Umno membuat laporan polis berhubung kes itu.

“Tan Seri Aziz, Pengerusi SPR jangan hanya mencari alasan bahawa manipulasi ini hanyalah perkara kecil. Kalau manipulasi ini kecil bagaimana Dewan Pemuda PAS boleh memiliki ribuan bukti terhadap masalah ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment