Saturday, August 6, 2011

KENAPA TAKUT TAZKIRAH UNSUR POLITIK MASA TERAWIH ?

Kalau Nabi SAW itu diutuskan sekadar ajak manusia solat, puasa dan haji sahaja nescaya Baginda SAW tidak dimusuhi kafir quraisy. Tentu Nabi SAW akan diberi laluan baik sebagaimana laluan bebas tol yg diterima oleh Jamaah Al Arqam sebelum bercita2 mahu ambil alih jawatan PM dulu. Tapi Islam yg dibawa Baginda SAW ialah Islam yg lengkap. Ia mencakupi semua urusan harian termasuk berpolitik. Sebab itu Baginda SAW dimusuhi.

Skop politik menurut Islam amat luas. Kalau di Malaysia ia bermula dari cara kita memilih parti (jamaah) lagi. Parti yg hendak dipilih mestilah yg menjadikan Al Quran dan Hadith sebagai dasar perjuangannya. Parti yg beriltizam memerintah negara untuk menyelamatkan agama rakyat. Memerintah menurut acuan Al Quran. Tazkirah kearah inilah yg digeruni UMNO sebagaimana mereka menggeruni cat jari yg mahu digunapakai waktu pilihanraya. Pada hakikatnya UMNO sebenarnya menolak sebahagian Islam. Sekali gus mereka menolak Allah sebagai Khaliq kerana tuhan mereka yg sebenar ialah hawa nafsu.

Tazkirah Ramadan berunsur politik, dakwa exco
Ogos 6, 11 4:30pm
Kongsi 139
Tindakan pihak tertentu yang menjadikan sesi tazkirah semasa sembahyang terawih sebagai ruang menyampaikan ceramah berunsur politik amat dikesali. Exco kerajaan negeri Pahang Datuk Wan Adnan Wan Mamat berkata terdapat banyak aduan daripada orang ramai berhubung perkara itu sejak umat Islam melakukan ibadat puasa Isnin lepas. "Masjid atau surau bukannya tempat untuk pembangkang mengadakan tazkirah berunsurkan politik seperti menghina atau mengutuk kerajaan, dan ianya bukanlah pentas untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan sempena bulan Ramadan kepada masjid, surau dan pusat tahfiz, di Kuantan hari ini. Beliau berkata Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) telah diminta untuk menyiasat perkara berkenaan. "Kita minta orang ramai terutama jemaah masjid atau surau supaya segera memaklumkannya kepada Jaip sekiranya terdapat sesi tazkirah sedemikian. "Perkara ini boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dalam masyarakat serta menjurus kepada perpecahan umat Islam. Ceramah sedemikian juga mengganggu emosi jemaah yang hadir untuk menunaikan solat terawih," katanya. Pada majlis itu, sebanyak 13 masjid, 66 surau dan empat pusat tahfiz di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Beserah, iaitu DUN yang dimenangi PAS pada pilihan raya umum lepas, menerima sumbangan untuk menjalankan aktiviti di bulan Ramadan. --Bernama

No comments:

Post a Comment