Tuesday, August 2, 2011

UMNO ULANG TAYANG LAKONAN HJ. BAKHIL

Bila datang cikgu lelaki minta derma Hj Bakhil bagi seringgit sahaja dan kata, "Budak kecik tak boleh pengang duit banyak2." Tapi bila Cikgu Murni datang Hj. Bakhil derma ribu2 !

Dah dekat nak pilihanraya umum ni macam2lah benda pelik akan berlaku. UMNO akan beraksi lembut gusi dari lidah. Inilah waktunya utk tunai apa2 tuntutan yg dibawa oleh wakil persatuan atau parti yg sudah lama tertangguh. Asal impaknya besar terhadap sokongan kpd. UMNO maka tuntutan itu confirm akan dapat.

Inilah amalan UMNO sejak turun temurun. Mata dan telinga dah naik menanah melihat sandiwara ini. Dulu dicanangkan agar rakyat tidak bergantung lagi kpd subsidi. Hari ini, memberi susidi adalah suatu amalan yg menyeronokkan buat pemimpin UMNO. Yg herannya, masih ramai penyokong tegar UMNO mempertahankan amalan bodoh ini. Mereka seronok menjelirkan lidah menunggu tulang yg akan dilemparkan oleh tuannya. Paling sedih, di kalangan mereka itu ada juga yg datang dari org berkelulusan agama malah ada yg berjawatan mufti. Ilmu agama disimpan rapi dlm kocek demi mengejar sedikit harta dan pangkat. Kerosakan yg dibawa oleh UMNO kpd agama dan negara, mereka buat2 tak nampak. Mereka lupa bahawa tujuan manusia dicipta ialah utk mengabdikan diri kpd Allah.

Mengapa dulu tak ingat tambah menteri India

Khairil Abdul Rahim

JERANTUT, 2 Ogos: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) melihat pelantikan Presiden MIC Datuk G Palanivel sebagai menteri kedua daripada kaum India dalam kabinet hanyalah untuk memancing undi kaum itu yang mula menolak BN pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Timbalan Pengerusinya, N Balasubramaniam berkata, sudah begitu lama kaum itu diwakili hanya oleh seorang menteri dalam kabinet kerajaan sehinggalah berlaku perubahan sokongan kepada pembangkang.

“Dulu mengapa tak ingat nak tambah menteri India, mengapa baru sekarang?” soalnya ketika diminta mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melantik Palanivel sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pengumuman itu dibuat buatnya semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan MIC ke-65 di Pusat konvensyen Putrajaya (PICC) Sabtu lalu.

Balasubramaniam yang juga Pengerusi DHPP Pahang berkata, pertambahan satu menteri bukan bermakna membawa pembaharuan kepada kaum India tetapi sebaliknya Palanivel sendiri yang naik pangkat.

“Kalau kita tengok berlaku swing sehingga 70 peratus undi kaum India kepada Pakatan Rakyat pada PRU yang lalu ialah kerana mereka sedar kebajikan mereka tidak lagi dibela oleh BN melalui MIC.

“Orang India merupakan lebih kurang 7 peratus daripada jumlah penduduk di Malaysia iaitu sekitar 1.8 juta. Kebanyakan mereka masih berada di estet atau di pinggir bandar yang masih perlukan bantuan kebajikan dan sebagainya.

“Kalau masyarakat India diberi penempatan seperti tanah, rumah atau sebagai contoh kalau kerajaan beri dana RM50 juta untuk masyarakat India, ia mungkin ada perubahan sedikit.

“Tetapi yang dapat hanyalah menteri. Itu bermakna hanya kenaikan pangkat Palanivel iaitu dulu timbalan menteri sekarang jadi menteri,” ujarnya.

Menurut Balasubramaniam, orang India juga perlukan tanah sama ada untuk tempat tinggal atau bercucuk tanam.

Beliau menceritakan, baru-baru ini ketika Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob datang ke Jerantut, ada ketua cawangan MIC yang minta selesaikan masalah pemohonan tanah yang diusahakan oleh sejak zaman bapa mereka tetapi belum lulus.

“Bukannya orang India minta tanah baru, tapi tanah yang telah lama mereka usahakan. Begitu juga dengan masalah kebajikan kaum,” ujarnya.


RM42.6j duit raya untuk semua peneroka Felda
Ogos 2, 11 12:47pm
Kongsi 111
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kesemua 112,635 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan menerima wang Hari Raya membabitkan peruntukan berjumlah RM42.6 juta.

Beliau berkata pemberian itu adalah sebagai menghargai sumbangan peneroka kepada pembangunan Felda di samping membantu perbelanjaan persiapan menjelang Hari Lebaran.

Dalam satu kenyataan hari ini, Najib berkata kaedah pemberian wang Hari Raya kepada kesemua peneroka adalah sama dengan tahun lalu dan kadar bayaran
terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda.

"Seramai 100,357 peneroka atau 89.1 peratus yang bersama Felda akan menerima RM400 seorang dan ini melibatkan peruntukan berjumlah RM40.14 juta. Seramai 12,278 atau 10.9 peratus peneroka yang tidak bersama Felda pula menerima RM200 tiap seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM2.46 juta," katanya.

Pemberian wang Hari Raya kepada peneroka dilaksanakan sejak 2003.

Najib berkata bayaran tahun ini meningkat RM5.41 juta atau 14.54 peratus berbanding bayaran tahun 2010 iaitu RM37.20 juta.

Pada tahun lalu, peneroka yang bersama Felda atau yang menjual hasil kepada Felda menerima RM350 seorang manakala yang tidak bersama Felda RM150 seorang.

Bayaran akan dibuat kepada semua peneroka dalam minggu kedua bulan Ramadan dan dibayar di peringkat rancangan Felda seluruh negara, katanya.

"Saya berharap pemberian wang ini akan dapat meringankan beban kewangan para peneroka dalam membuat persiapan menyambut ketibaan Syawal," katanya.

Najib turut menyeru kepada peneroka yang tidak bersama Felda agar dapat kembali bersama Felda bagi memaju dan memakmurkan lagi tanah rancangan.

No comments:

Post a Comment