Hari ini pengharaman jualan tiket loteri pula nak di bawa ke mahkamah sedang di dlm Al Quran terang2 melarang amalan judi. Perlembagaan Malaysia pula memberi kebebasan memilih kepada rakyat. Ia suatu undang2 yg tidak jelas sedang judi itu terang2 boleh memporak-perandakan masyarakat. Keputusan mahkamah sama2 kita tengok nanti.
Tiap2 waktu kita mohon dgn Allah mintak selamat di dunia dan di akhirat tetapi bila melantik ketua atau pemimpin, kita tidak pula mencari pemimpin yg boleh membawa ke arah keselamatan itu. Mana gaye nak pergi ke KL tapi naik bas ke KB. Kalau memilih bas kena tau halatujunya. Kalau memilih parti kena tengok pula perlembagaan atau dasar perjuangannya. Pilihlah bas yg betul. Bas UMNO destinasinya ke KL tetapi bas PAS ke KB.
Setiap org yg isi borang permohonan masuk U adalah calon siswa/siswi tetapi mereka belum tentu dapat atau tidak menjadi siswa/siswi selagi mereka belum mendaftar sebagai pelajar. Begitu juga setiap org yg naik bas ke KB adalah calon yg akan sampai ke KB dan org yg naik bas ke KL tidak mungkin akan sampai ke KB. Sampai atau tidak hanya boleh ditentukan bila bas sudah betul2 masuk ke Bus Stand KB. Begitulah kiasannya jln ke Syurga atau Neraka melalui tiket parti politik (UMNO atau PAS). Betullah sabda Nabi SAW bahawa calon ke Syurga/Neraka boleh dikenal semasa di dunia lagi!
Haram loteri: MCA mahu jumpa MB Kelantan
Salhan K Ahmad
Mac 13, 11
7:31pm
MCA akan mengadakan pertemuan dengan menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan Kelantan mengharamkan penjualan tiket loteri di negeri itu.
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata perkara itu ditimbulkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu petang ini.
"Pejabat saya telah hubungi pejabat menteri besar Kelantan untuk (tetapkan) tarik sesuai bagi kita bertemu dan mendapatkan penjelasan daripadanya
"Kami tidak beminat untuk berjumpa dengan sesiapapun selain Nik Aziz kerana beliau diiktiraf sebagai (mursyidul am) PAS.
"Kita tidak berminat untuk berdebat dengan sesiapapun... Kita cuma mahu faham, kenapa selepas 20 tahun barulah (langkah pengharaman) dikuatkuasakan," kata Chua lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu petang ini.
Tambahnya, parti itu juga mahu menegaskan kepada Nik Abdul Aziz bahawa MCA tidak menggalakkan masyarakat untuk berjudi.
"Judi bukan satu budaya orang Cina... Tapi ini adalah soal kebebasan untuk memilih seperti yang terkandung dalam perlembagaan.
"Kita tidak akan terima nilai yang dikenakan ke atas kita oleh agama lain," katanya lagi.
Tambahnya, MCA juga akan menyokong tindakan undang-undang yang akan diambil oleh salah seorang anggota jawatankuasa pusat parti itu ke atas Majlis Perbandaran Kota Baru - Bandar Raya Islam.
Chua berkata, Datuk Ti Lian Ker akan mengambil tindakan itu memandangkan pihak berkuasa tersebut bertanggungjawab menguatkuasakan pengharaman berkenaan.
"Kita mahu mahkamah buat keputusan sama ada tindakan ini selari dengan perlembagaan," kata Chua lagi.
BABI PUNYA CHUA SOI LEK PORNO..MCA BULLSHIT!
ReplyDelete