Friday, March 4, 2011

UMNO Kalis Undang2

Buatlah apa2 pun asalkan anda kuat UMNO atau dibuat utk UMNO, maka anda akan dilindungi. Kekebalan puak2 mereka mengatasi kekebalan anak raja. Itulah lebih kurang gambaran suasana undang2 malaysia. Cerita yg sudah menjadi perbualan harian masyarakat termasuk bayi yg masih dlm buaian.

Sudah banyak kes tak di selesai kerana melibatkan kepentingan UMNO. Antara kes2 besar yg masih belum jumpa hukuman yg mereka berkenan ialah kes bunuh rakyat memali, kes rasuah kapal selam scorpene dgn altantuyanya, kes teoh beng hock dan berjuta2 aduan tentang keganasan penyokong UMNO kepada petugas pembangkang semasa pilihanraya. Kalau UMNO dah tak berminat lagi dgn seseorang itu maka barulah kes yg pernah org itu buat diungkit ke mahkamah.

Terbaru diberitakan tentang kereta yg dinaiki DS Anwar Ibrahim
dikepung dan dibaling batu oleh kira2 30 org penyokong UMNO di Kerdau. TPM Muhyiden tak salahkan org yg kepung dan baling batu tetapi letak kesalahan kpd DS Anwar kerana org menyampah dgnnya.

Aku pernah kembara ke Baling utk melihat sendiri tempat insiden Memali sebulan selepas kejadian itu. Aku lihat suasana tempat kejadian yg amat jauh berbeza dgn apa yg digambarkan dlm tv. UMNO sanggup membunuh demi kuasa. Dan sejak itu aku tobat lahum takkan sokong UMNO lagi. Kesabaran amat dituntut namun ada batasnya. Mungkin hari ini sudah tiba masanya pembangkang kena ikut rentak gendang yg dimainkan oleh UMNO. Kalau UMNO ganas kita balas dgn ganas !


TPM kata penduduk Kerdau menyampah pada Anwar
Jimadie Shah Othman
Mac 4, 11
4:52pm
Kongsi 92
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat, insiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dikasari di kawasan Felda di Kerdau mungkin disebabkan penduduk kawasan itu menyampah dengannya.

NONE"Itu (terjadi) kalau orang Felda tak boleh menerima Anwar. Kerana itu kampung mereka sendiri, itu hak merekalah," kata Muhyddin yang juga timbalan presiden Umno.

"Mungkin kerana mereka dah menyampah, (dan) tidak hendak dengar lagi cerita karut-marut dan berdosa lagi. Jadi lebih baik (Anwar) jangan masuk."

Pagi tadi, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pahang Ahmad Ahmad Nizam Hamid mendakwa kereta yang dinaiki Anwar dikepung dalam dibaling batu oleh sekumpulan 30 orang di Felda Jengka 22 pada Khamis malam.

NONEBercakap dalam sidang media harian PAS di Kerdau pagi tadi, pengamal undang-undang itu menuduh ia dilakukan penyokong Umno yang memakai baju dan ves dengan logo BN.

Ahmad Nizam juga mendakwa petugas Umno dan BN menabur paku di sekitar tapak ceramah Anwar dan pihaknya difahamkan 50 motosikal dan beberapa tayar kereta mengalami merosakan.

'Siapa bayar Ummi Hafilda?'

Sementara itu, terdapat petugas media yang mendakwa dihalau daripada membuat liputan berhubung insiden dalam oleh pihak PKR malam tadi.

Diajukan perkara itu kepada Muhyiddin, beliau menjawab tindakan itu menunjukkan "gambaran sebenar" bahawa pembangkang tidak menghormati hak media walaupun selalu bercakap dengan nada berbeza.

"Kita kata patut media (jadi) bebas. Dialah juara kebebasan media. Jadi (sekarang) cakap tak serupa bikinlah," sindir Muhyiddin.

NONESementara itu, ditanya tentang dakwaan saksi penting kes liwat 1998 Ummi Hamilda Ali dibayar oleh BN untuk berkempen di Kerdau, Muhyiddin menafikan perkara itu sama sekali.

"Siapa bayar?" soalnya kembali kepada pemberita.

"Dia hadir atas kesedarannya sendiri untuk memberikan penerangan sewajarnya. Kalau fitnah, jawab. Jadi jangan kaitan dengan kita."

Dalam program itu, majlis juga mengumumkan persetujuan Muhyiddin meluluskan pembinaan masjid baru di tempat itu - kampung Badok - bernilai RM500,000 bagi menggantikan masjid lama yang sudah uzur.

No comments:

Post a Comment