Monday, March 14, 2011

Mengenali UMNO/PAS Melalui Datuk Chua Jui Meng

Kalau PAS perintah Malaysia, org Cina kena potong lanc*u. Itulah antara kata2 yg keluar dari mulut pemimpin tertinggi UMNO/BN bagi menakutkan kaum Cina agar tidak mengundi PAS. Kenyataan itu sekali gus mengajak kaum Cina menentang tertegaknya Islam di Malaysia. Agaknya masih Islamkah lagi org yg mengeluarkan kata2 spt itu ?

Hari ini Datuk Chua Jui Meng yg dulunya adalah Menteri Kesihatan telah keluar BN dan menyertai PKR. Dia berkawan dgn PAS dan mula mengenali Islam termasuk kebaikan bersunat. Atas keyakinannya sendiri, tanpa disuruh atau dipaksa, dia menyunatkan semua anak lelakinya. Nampaknya modal UMNO/BN menakutkan org bukan Islam dgn ugutan sunat tidak relevan lagi.

Yakinlah bahawa setiap yg Allah suruh itu pasti baik. Meski pun kebaikan itu boleh dilihat dari jarak berjuta batu namun mata yg telah tertutup dek rasuah dan salah guna kuasa tidak akan dapat melihatnya. Hanya kita sahaja yg mampu mengubah !

PAS tunjukkan Kesederhanaan Islam - Chua Jui Meng

Muhayat Jasmin

KEPALA BATAS, 8 Mac: Umno menggambarkan Islam yang dibawa oleh PAS sebagai ekstrim dan menakutkan, kata Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Chua Jui Meng.

Menurut Chua, pengalamannya sebelum ini bersama Umno, beliau tidak pernah diberi kefahaman yang mudah mengenai Islam malah melalui Umno masyarakat bukan Islam hanya memahami Islam itu dengan potong tangan dan bersunat.

"Kami tidak didedahkan dengan perkara sebenar. Malah terdapat juga dakwaan yang mengatakan jika PAS (sebagai parti Islam) memerintah nanti banyak perkara yang lebih dahsyat akan berlaku," katanya ketika menyampaikan pidato di Dewan Millenium, Kepala Batas semalam.

Bagaimanapiun kata Chua, setelah bergaul dengan PAS beliau mendapati Islam itu merupakan agama yang sederhana melalui pendekatan yang dibawa oleh PAS.

"Umnolah sebenarnya yang membawa Islam ekstrim yang menakutkan kami. PAS yang saya didampingi telah mengajar perkara sebenar kepada kami.

"Akhirnya saya sendiri memahami apa sebenarnya kesederhanaan dalam Islam. Malah anak-anak lelaki saya juga disunatkan kerana faham akan kebaikan yang ada pada amalan bersunat sepertimana yang diamalkan oleh masyarakat Islam," katanya.

Kata Chua, Islam yang dikenali melalui PAS bukanlah satu agama yang ekstrim seperti digambarkan selama ini sebaliknya satu agama yang turut mengutamakan kebajikan kepada orang-orang bukan Islam.

Chua yang juga merupakan Naib Presiden PKR turut menyifatkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai contoh pemimpin Islam yang sederhana.

Sehubungan itu beliau mengingatkan masyarakat bukan supaya tidak terperangkap dengan dakyah sempit yang mendakwa PAS itu pelampau dan mengamalkan politik sempit.

No comments:

Post a Comment