Sudah banyak tempat kita mengabaikan tuntutan Al Quran. Bermula dari dlm diri, keluarga, masyarakat dan bernegara. Soal agama kita main lebih kurang sahaja. Kita tidak bersungguh2 berkunjung ke majlis2 kuliah dan ceramah agama. Kita terus menyorong motor buruk yg minyaknya kita isi sikit2 masa di sekolah rendah dulu. Minyak yg sudah lama habis tidak kita tambah . Motor yg berserabai dgn tayar yg sudah terkeluar dari rim terhuyung-hayang kita sorong dgn penumpang yg makin bertambah. Ilmu kita masih ditahap lama di dlm dunia yg makin mencabar. Hasilnya kita menjadi jahiliah moden.
Kita tidak rasa apa2 bila berpakaian ketat dan tidak menepati Islam. Kita tidak rasa apa2 bila jarang menjengah masjid. Kita tidak rasa apa2 bila parti yg kita pangkah bersekongkol menyiarkan program2 maksiat di kaca TV. Kita tidak rasa apa2 bila pemerintah tidak serius menangani kes2 bunuh, buang bayi dan murtad. Dan kemuncaknya kita tidak rasa apa2 bila parti yg kita pangkah mengatakan Undang2 Islam sudah tidak sesuai lagi zaman ini.
Jenayah rompak, rogol dan bunuh berlaku setiap saat. Tanpa Rahmat dari Allah, buatlah sekeras mana sekali pun undang2 pasti akan gagal selagi tidak kembali kpd Undang2 Al Quran.
Warta 365
Untungnya rakyat Terengganu yang berpemimpinkan UMNO-BN. Berbahagialahlah agaknya orang yang berMBkan Datuk Ahmad Said.
Tentu orang UMNO sujud syukur kerana UMNO memerintah Terengganu. Mereka berjaya menyingkirkan kepimpinan ulama.
Golongan yang dikatakan menyeleweng agama. Mat Said dok ceramah ke pelusuk Terengganu kini bahawa Pas Parti ajaran sesat.
Pas dianggap sesat kerana mengharamkan premis judi daripada mendapat lessen dari Majlis Perbandarana dan daerah daripada beroperasi meskipun mereka mempunyai lessen yang diluluskan oleh kementerian Kewangan UMNO. Pas dikatakan sesat kerana meluluskan undang-undang tubuh Terengganu dengan berlandaskan al-Quran, Sunnah, Ijma' & Qias. Pas dikatakan sesat kerana meluluskan rang enakmen hudud, Qisas & Ta'zir???
Kini rakyat Terengganu bergembira dengan UMNO yang berjuang Islam. Membawa masuk kembali hiburan Jom Heboh tanpa sekatan. Dan yang terbaru kenyataan Exco Terengganu bahawa Judi telah dihalalkan?
Tentu sujud syukur pengundi UMNO Terengganu. Mereka baru boleh berjudi sebagaimana negeri-negeri dibawah pemerintahan UMNO yang lain. Taklah ditegah macam negeri Kelantan. Ketiadaan premis judi menyebabkan kurangnya keuntungan Vinsent Tan dan Ananda Krisnan. Tiadanya sumbangan untuk pilihanraya UMNO nanti.
Mana dia Exco agama Terengganu? Mana dia penasihat agama MB Mat Said, cikgu matematik yang jadi ustaz, Kamal Saidin hulubaya UMNO-BN? Bergembiralah Tok-tok Imam & Bilal di Terengganu… itu tanda dan mukaddimah bahawa kedai judi akan mula beroperasi kembali di Terengganu. Tahniah UMNO-BN. Tahniah Rakyat Terengganu, sebagai tanda syukur selepas letih bersalawat, berarak sempena maulud nabi baru-baru ni.. Judi dihalalkan? berbahgialah mereka bersama UMNO?
Pemimpin yang durhaka kepada Rabbnya (Tuhannya) dan bertindak zalim kepada rakyatnya menjadi sebab dihancurannya suatu negeri. Allah Ta'ala berfirman ;
وَإِذَا أَرَدْنَا أَنْ نُهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا
"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya menaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya." (QS. Al-Isra': 16)
LIPUTAN GAMBAR TSUNAMI DI JEPUN :
No comments:
Post a Comment