Laporan Ketua Audit Negara 2010: Kajian Ringkas | | Print | |
http://www.hasanhusaini.com |
Sengal tulang dan bengkak urat serta otot akibat terjun tiruk bersama KIA Sedona masih belum hilang. Tapi, badan menjadi gagah tiba-tiba setelah mendapat sepucuk SMS dari seorang teman di Malaysia. Laporan Ketua Audit Negara dah keluar. Itu isi mesejnya. Saya bangkit dari pembaringan, menekan suis laptop dan melayari internet. Web Jabatan Audit diakses dan terus memuat turun fail. Berbekalkan segelas susu dan beberapa keping biskut Ulker, saya meneliti audit tersebut. Beberapa bahagian penting dicetak keluar untuk simpanan anak cucu. Ringkasan audit 2010 : KEMENTERIAN PELAJARANRM160.7 JUTA telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran untuk membina 300 makmal komputer yang. Namun, sehingga kini, hanya 2 buah makmal yang siap. Peralatan ICT yang dibekalkan sejak 3 tahun lepas masih belum dapat digunakan dan masih tersimpan akibat makmal yang tidak sempurna. Kata seorang kawan, beliau teringat sewaktu melakukan kajian yang di Sabah dulu. Rakyat Sabah kata komputer sedia, tapi elektrik tak ada! Aduhai. KEMENTERIAN PERTAHANAN
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (Jabatan Taman Laut Malaysia) Pembelian alatan yang jauh lebih mahal dari harga tertinggi pasaran.
JUMLAH KERUGIAN ADALAH : RM 172 501 Peralatan tidak mengikuti spesifikasi kontrak :
MAJLIS SUKAN NEGARA MSN telah membeli 23 ekor kuda baka khas untuk sebuah pertandingan dengan harga RM 5.66 juta. Pembelian ini dibuat secara runding terus tanpa mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan. Namun, 18 ekor darinya tidak melepasi piawaian Federation Equestre International, hanya lima ekor sahaja lulus untuk menyertai pertandingan. KEMENTERIAN KESIHATAN Anggota tiruan tanpa kelulusan berjumlah RM 310 696. KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI Sebanyak RM 110.67 juta insentif tidak berbayar kepada 73 291 orang petani. Ianya disebabkan oleh pengurusan yang tidak telus lagi tidak efektif. KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI Akibat pengurusan yang kurang efektif, peralatan yang berjumlah RM 64.69 juta masih terbiar dan tidak dapat digunakan sehingga kini. Akibat itu, sejumlah RM 0.44 juta lagi dibazirkan untuk kawal selia dan insurans bagi menyimpan peraltan tersebut. SYARIKAT GLC 1. Bayaran Dividen Kepada Kerajaan Lebih 50% dari syarikat GLC yang tersenarai tidak membayar dividen seperti yang dijadulkan. Daripada 21 syarikat GLC yang mendapat keuntungan RM 264.94 billion sebelum cukai, hanya 10 syarikat sahaja yang membayar dividen setiap tahun kepada kerajaan. Baki 11 lagi hanya membayar pada tahun tertentu sahaja. 2. Nisbah Hutang Ke Atas Ekuiti Negatif Terdapat syarikat yang mempunyai nisbah hutang ke atas ekuiti negatif selama tiga tahun berturut-turut berpunca dari kebergantungan mereka yang sangat tinggi terhadap hutang. Syarikat tersebut seperti Keda Aquaculture sdn bhd, Kumpulan Modal Perdana, Sepang Internation Circuit, Indah Water Konsortium, Syarikat Perumahan Negara, Perwaja Terengganu, Composites Technology Research Malaysia, Keretapi Tanah Melayu dan Assets Global Network. 3. Penurunan Pendapatan Yang tersenarai, lapan Syarikat GLC yang mengalami penurunan pendapatan selama tiga tahun berturut-turut. Jumlah penurunan terakhir 2009 ialah RM 26.3 billion. 4. Kerugian Mendahului senarai Syarikat GLC yang mengalami kerugian ialah, Syarikat Prasarana Negara, Kertapi Tanah Melayu, Assest Global Network dan Indah Water Konsortium. Jumlah kerugian ialah RM 630.45 Juta. 5. Penurunan Untung Sebelum Cukai Secara ringkasnya, 40.4% sayrikat GLC mengalami penurunan untung sebelum cukai. Berakhir 2009, RM 3.83 billion kerugian akibat penurunan untung sebelum cukai kepada RM 92.35 billion pada tahun 2009 berbanding RM 96.16 billion pada tahun 2008. 6. Pinjaman Belum Selesai Terdapat 17 syarikat GLC yang menanggung hutang sehingga 2009 yang berjumlah lebih RM 12 Billion. Menduduki senarai tertinggi ialah, Perwaja Terengganu, Indah Water, Malaysia Debit Ventures dan Bank Pembangunan Malaysi Berhad. Laporan Audit bukanlah perincian SEMUA jabatan, unit dan sebagainya. Setakat pengetahuan saya dalam hal ini, ia hanya mengambil sampel jabatan, unit dan sebagainya untuk diaudit. Kebarangkalian untuk lebih teruk atau lebih baik masih sangat besar. Kajian ini pula adalah kajian ringkas yang tidak merangkumi perincian lain yang bakal mendedahkan lebih banyak kecacatan, pengkhianatan dan tidak amanah terhadap pengurusan kewangan. Sumber : Laporan Ketua Audit Negara 2010 : LINK HASANHUSAINI, Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan. |
No comments:
Post a Comment