Wednesday, October 12, 2011

Mencari Kewarasan Akal Penyokong UMNO Yg Hilang

Sudah berapa penggal memerintah, kos keluar negara PM Malaysia dan permaisurinya makin bertambah. Kunun nak cari pelabur tapi tiap2 tahun bentang belajawan defisit. Berbelanja lebih banyak dari income. Mereka yg kunun ke hulu ke hilir mencari pelabur agaknya sudah lupa bahawa dunia hari ini sudah semakin kecil. Silap2 dunia lebih mengenali mereka lebih dari mereka mengenali diri mereka sendiri.

Dunia mengenali PM kita seperti mana kita mengenali Marcos. Dan dunia mengenali permaisuri PM sebagaimana kita mengenali Imelda. Menghapus rasuah adalah suatu kerja yg mustahil bagi pemimpin Malaysia hari ini. Lagi banyak tempat yg mereka pergi, lagi putih tapak kaki pelabur asing melarikan diri. Nak tunggu pemimpin2 bangsawan spt PM Najib nak insaf nampaknya macam menemui jln buntu. Ada tak ada kitalah kena menyedarkan diri kita bahawa org2 bangsawan memang payah hendak menyelami penderitaan rakyat. Mereka dah kaya melacak. Sudah ada bungalow mewah keliling dunia dan sudah tidak ada masa nak pikir masa depan cucu cicit kita.

Waras ialah tempat yg sebenar bagi akal. Kembalikan akal kita ke tempatnya. Jgn kita kelabukan akal yg waras hanya dgn harga bonus setengah bulan gaji. Pikirkan masa depan cucu cicit kita. Dan kewarasan yg hakiki ialah apabila kita mengutamakan keredhaan Allah dlm apa jua tindakan. Selalulah bertanya apakah kerja yg kita buat itu halal atau haram. Adilkah UMNO memerintah dan dapat pahalakah anda menyokong UMNO ?
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 12 Okt: PKR mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan butiran terperinci perbelanjaan lawatan beliau ke luar negara yang mencecah RM10.1 juta setakat tahun ini.

Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution (gambar) berkata, sebanyak RM9.1 juta dihabiskan untuk kos penyewaan pesawat bagi lawatan Najib dan isterinya ke luar negara, diikuti lawatan ke Kezakhstan yang melebihi RM1 juta.

“Perbelanjaan ini melampau dan kalau betul Najib telus, saya mencabar beliau membentangkan setiap perincian butiran perbelanjaan,”

“Tanggungjawab Najib ialah untuk memberikan semua maklumat dalam persidangan parlimen agar Pakatan Rakyat boleh memeriksa setiap sen yang digunakan,” kata Saifuddin, lapor KeadilanDaily.

Menurut Saifuddin, jumlah perbelanjaan lawatan tersebut lebih tinggi berbanding tempoh tiga tahun lalu yang mencecah kos keseluruhan sebanyak RM17 juta.

“Ini adalah bukti nyata Najib terus mengamalkan cara hidup mewah dan tak prihatin terhadap penderitaan rakyat di bawah,” katanya.

Ahli Parlimen Machang itu juga turut menggesa agar ciri lawatan berkenaan dikaji semula memandangkan lawatan singkat Najib Ke Kazakhstan misalnya, menelan kos yang tinggi.

“(Ia) perlu kaji semula dan pengurangan boleh dibuat melalui pengurangan anggota (rombongan) yang menyertai lawatan,” katanya.

Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah memberitahu Dewan Rakyat kos penyewaan sebuah pesawat Airbus A319 yang melibatkan jumlah RM9.1.

Semalam, Kementerian Luar Negara pula mendedahkan RM1,072,213.22 dibelanjakan oleh perdana menteri dan rombongannya menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam di Kazakhstan.

Pada Jun lalu, Dewan Rakyat diberitahu dari tahun 2008 hingga 2011, sejumlah RM17,118,650.58 digunakan bagi perbelanjaan lawatan rasmi PM bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam jawapan tersebut, Najib dan Rosmah membelanjakan RM 1,739,332.85 (2008), RM 4,811,837.48 (2009) RM 5,140,307.99 (2010) dan RM 5,427,172.26 sehingga Jun 2011.

No comments:

Post a Comment