Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 11 Okt: Kerajaan hari ini mengesahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat lawatan ke Perth, Australia sewaktu negara menyambut Hari Kemerdekaan negara ke-54 pada 31 Ogos lalu. Dalam jawapan bertulis kepada soalan Tian Chua (PKR-Batu), kerajaan memaklumkan lawatan 'peribadi' Najib itu bermula 31 Ogos hingga 3 September 2011. "Untuk makluman Dewan yang mulia ini, lawatan YAB Perdana Menteri ke Perth, Australia pada 31 Ogos hingga 3 September 2011 merupakan lawatan peribadi," jawapan itu dipetik. Tian Chua dalam soalanya sebelum itu menanyakan apakah matlamat utama rombongan Perdana Menteri ke Kazakhstan pada Jun dan Perth pada Hari Merdeka serta kos yang terpaksa ditanggung kerajaan untuk rombongan itu. Dalam jawapannya, kerajaan memaklumkan kos lawatan Perdana Menteri ke Kazakhstan pada 5 dan 6 Jun adalah RM1,072,213.22, manakala tiada sebarang kos dinyatakan untuk lawatan peribadi Najib ke Perth. Isu Najib bercuti di luar negara pada Hari Kebangsaan lalu sebelum ini pernah didedahkan media dan blog. Mereka mempersoal tindakan perdana menteri itu yang dilihat tidak wajar diwaktu rakyat disuruh menghayati semangat patriotik sedangkan beliau bertindak sebaliknya. Memetik laporan Malaysiakini 2 September lalu, kali terakhir Perdana Menteri dikesan ialah pada 30 Ogos lalu di Istana Negara untuk acara rumah terbuka Aidilfitri dan Rumah Terbuka Jemaah Menteri di Seri Perdana, Putrajaya. Beliau didakwa hanya mengeluarkan kenyataan Hari Kebangsaan melalui Facebook dan Twitter pada hari berikutnya. Bagaimapun dengan bercuti di luar negara pada hari kebesaran negara seperti Hari Kebangsaan, Najib menjadi bidasan pelbagai pihak ketika pemimpin BN dan Umno berterusan menyerang pemimpin pembangkang yang didakwa tidak patriotik kerana mempersoalkan peranan dan sumbangan beberapa wira negara. Guna pesawat khas RM9 juta Najib juga didakwa menggunakan sebuah pesawat Airbus A319-11X yang memaparkan logo 1Malaysia di ekor pesawat berkenaan. Web AviationWA melaporkan pesawat itu mendarat di Perth menggunakan ‘nama panggilan’ "November Romeo 1" atau NR1, yang kebetulan sama dengan pangkal nama perdana menteri. Pada 4 Oktober lalu, dalam jawapan kepada soalan Nurul Izzah Anwar (PKR Lembah Pantai), kerajaan menjelaskan sebanyak RM9 juta telah dibelanjakan bagi menyewa sebuah pesawat Airbus A319-IIX yang diguna Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu percutiannya di Perth Australia. Pesawat tersebut disewa daripada Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) bermula 3 Ogos 2007 lagi untuk kegunaan pemimpin terpenting di dalam kerajaan termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri. Bagi tempoh Januari sehingga Ogos 2011, kerajaan memberitahu kekerapan penggunaan pesawat adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara dengan kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta yang meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat. |
Tuesday, October 11, 2011
Najib di luar negara pada Hari Kemerdekaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment