Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda “perhiasan (di badan ahli syurga) orang mukmin, setakat mana sampainya wuduk (yang dilakukan semasa di dunia dahulu)”.
Orang Islam yang memasuki syurga, akan diberi pakai perhiasan berupa emas di badan mereka sebanyak mana terdapatnya cahaya kesan dari wuduk mereka. Oleh itu lebihkanlah had air basuhan semasa wuduk.
Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu merupakan orang yang bercahaya muka, tangan dan kakinya pada Hari Kiamat kerana kamu telah menyempurnakan wuduk dengan baik. Maka sesiapa di antara kamu yang mampu melebihkan had basuhan pada muka, tangan dan kakinya hendaklah dia berbuat demikian.
Dari Abu Hazim r.a., katanya: “Aku berdiri di belakang Abu Hurairah ketika dia sedang berwuduk untuk solat. Aku melihatnya mencuci tangan sampai ketiak, kerana itu aku bertanya kepadanya, “Wuduk cara bagaimana itu, hai Abu Hurairah?” Jawab Abu Hurairah, “Ya, Bani Farruh! Andakah itu? Kalau aku tahu Anda berada di situ, aku tidak akan berwuduk seperti ini. Aku mendengar sahabatku Rasulullah saw. bersabda: “Orang mukmin akan beroleh cahaya sesuai dengan cara dia berwuduk.
Syurga adalah merupakan tempat nikmat serta keagungan, dan setiap ahlinya akan memakai perhiasan yang tidak dapat dinilaikan harganya.
Di dunia ini kaum lelaki dilarang memakai perhiasan yang diperbuat daripada emas. Tetapi di syurga emas turut menjadi perhiasan lelaki.
Bahkan perhiasan di syurga tidak dibezakan di antara lelaki atau perempuan. Mereka sama-sama memakai perhiasandaripada emas yang tidak ternilai tinggi mutu serta kualitinya.
No comments:
Post a Comment